Jun Hao Dedah Punca Dia Menang Keatas Li Shi Feng

Jun Hao Dedah Punca Dia Menang Keatas Li Shi Feng. Semalam, pemain perseorangan lelaki negara kita berjaya mencipta kejutan dengan menyingkirkan pemain no 6 dunia daripada China dalam perlawanan pertama India Open 2025.

Dalam perlawanan semalam, Jun Hao berjaya mengalahkan Shi Feng dengan keputusan 18-21, 21-17, 21-17 dalam tempoh 68 minit. Pada awalnya ramai tak menyangka yang Jun Hao mampu melakar kejutan dalam perlawanan ini tetapi Jun Hao buktikan yang dia juga mampu menang keatas pemain yang lebih baik ranking daripada dirinya.


Jun Hao Dedah Punca Dia Menang Keatas Li Shi Feng



Rupanya, Jun Hao berkata dia mengubah strategi ketika di set kedua dan ketiga bagi mencari kemenangan dan dia gembira apabila perubahan taktikal itu membuahkan hasil.


"Satu kemenangan yang menggembirakan saya kerana saya belum pernah menang lagi melawan dia (Shi Feng) sebelum ini.


"Saya melakukan yang terbaik pada perlawanan hari ini dan apa yang saya rancang menjadi. Ia sesuatu yang menggembirakan," katanya.

Jun Hao turut menambah yang kunci utama kejayaan dia mengalahkan Li Shifeng adalah kerana SABAR ketika bermain.


"Pada set pertama saya tak cukup sabar. Jadi di set kedua saya cuba lebih sabar dan cuba bermain lebih banyak pukulan stroke dan gembira ia menjadi," katanya.

Jun Hao dijangka akan bertemu dengan seorang lagi pemain china di pusingan 16 terbaik pada hari khamis ini iaitu  Weng Hong Yang selepas pemain itu mendapat kemenangan percuma kerana lawannya menarik diri.

Kita doakan jun hao terus mara ke pusingan suku akhir pula selepas itu. Tahniah Jun Hao.

Post Navi

إرسال تعليق

0 تعليقات