Jun Hao Mahu Lakukan Yang Terbaik Untuk Pusingan 16 Terbaik India Open 2025

Jun Hao Mahu Lakukan Yang Terbaik Untuk Pusingan 16 Terbaik India Open 2025. Selepas kejayaan mencipta sejarah terbaru, pemain perseorangan lelaki negara kini meletakkan target baru apabila dia bakal bertemu dengan seorang lagi pemain dari China iaitu Weng Hong Yang dalam aksi pusingan 16 terbaik India Open 2025.

Baru-baru ini, Jun Hao berjaya menyingkirkan Li Shi feng yang juga merupakan pemain no 6 dunia dan kini dia sedang memerhati dan mengatur stratgei untuk mengalahkan seorang lagi pemain dari tembok besar itu.


Jun Hao Mahu Lakukan Yang Terbaik Untuk Pusingan 16 Terbaik India Open 2025



Jun Hao berkata yang dia akan fokus kepada pemulihan terlebih dahulu dan kemudian akan berikan yang terbaik dalam perlawanan hari ini. 

"Sudah tentu, pemain dari China memang sangat bagus dan saya akan fokus kepada sesi pemulihan terlebih dahulu dengan baik sebelum turun dalam perlawanan itu. Saya akan melakukan yang terbaik dalam aksi itu," katanya kepada BWF.


Ditanya juga mengenai perubahan jurulatih kepada Jun Hao dan dia berkata jurulatih sekarang sangat baik dan dia lebih fokus dalam latihan berbanding sebelum ini.


"Sejak Yogendran mengambil alih lima bulan lalu, kami bekerjasama dengan sangat baik untuk mencari teknik khusus di dalam permainan seperti mana pemain teratas dunia.


"Kini saya dan jurulatih berlatih ke arah itu agar saya boleh meningkatkan permainan saya ke tahap lebih tinggi," katanya.

--

Semoga Leong Jun Hao terus mencipta nama di pentas antarabangsa dan berjaya memenangi perlawanan hari ini. Pasti rakyat Malaysia sudah tidak sabar menantikan perlawanan hari ini. Semoga kemenangan untuk Jun Hao.

Good Luck Jun Hao.

Baca Juga
Post Navi

Post a Comment

0 Comments