Kita mahu menang perlawanan di BAMTC!! Menjelang pembukaan Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) di Qingdao, China dari 11 hingga 16 Februari ini, ketua jurulatih badminton Malaysia, Kenneth Jonassen berkata walaupun Malaysia menurunkan pemain muda dalam kejohanan kali ini tetapi kita tetap mahu menang setiap perlawanan yang dipertandingkan.
Malaysia diundi didalam kumpulan B yang mana turut disertai oleh Indonesia, Kazakhstan dan juga Hong Kong. Kumpulan ini boleh di katakan kumpulan maut dan dilihat misi sukar untuk Malaysia. Ditambah pula dengan barisan pemain muda, pasti ia satu pendedahan yang baik kepada mereka.
Kenneth Jonassen berkata :
"Secara keseluruhan, apabila kita menghantar pasukan, matlamatnya adalah untuk beraksi pada tahap terbaik.
"Jika kita menang, itu adalah sesuatu yang hebat, jika kalah, kita akan menilai dan memperbaikinya.
"Namun, kita berada di sana untuk memenangi setiap perlawanan yang disertai dan tidak hanya menganggapnya sebagai proses pembangunan semata-mata.
"Pembangunan bermaksud mencari jalan untuk menang dan saya percaya itulah yang diinginkan oleh semua pihak," katanya.
Hanya dua pasukan teratas sahaja yang boleh melangkah ke pusingan seterusnya. Jadi peluang itu ada dan kita harap mereka iaitu pemain-pemain muda negara melakukan yang terbaik dalam kejohanan kali ini seterusnya mengharumkan nama Malaysia.
0 Comments