Header Ads

Lee Zii Jia Tarik Diri Daripada Terbuka Malaysia 2025

Lee Zii Jia Tarik Diri Daripada Terbuka Malaysia 2025. Satu berita yang mengecewakan rakyat Malaysia menjelang pertandingan penting pembukaan tahun 2025 apabila pemain perseorangan lelaki no 1 negara, Lee Zii jia tidak dapat bermain pada terbuka Malaysia 2025 ini.

Perkara itu berikutan masalah kecederaan yang masih menghantui pemain itu. Pengumuman dibuat oleh pasukan Team LZJ dalam satu kenyataan di sosial media.


Lee Zii Jia Tarik Diri Daripada Terbuka Malaysia 2025



Kenyataan berbunyi :

Dengan berat hati untuk mengumumkan bahawa lee zii jia tidak akan dapat muncul di BWF World Tour 2024 Pembuka Musim dan Kejohanan Rumah, Terbuka Malaysia.

Zii Jia Malangnya harus pulih sepenuhnya daripada kecederaan Ligamen Buku lali Kanan yang dialami semasa Pertandingan Akhir Jelajah Dunia BWF pada Disember 2024.


Penyertaan beliau untuk Terbuka India dan Indonesia Masters yang dijadualkan pada Januari 2025 juga sedang dalam pertimbangan, sementara menunggu pemulihan sepenuhnya.


Sebelum ini, Zii Jia mengalami kecederaan ketika perlawanan terakhir Kumpulan A di Hangzhou menentang pemain China, Li Shi Feng.

Kini Hanya tinggal Jun Hao sahaja yang akan beraksi di slot single lelaki Malaysia untuk satu kejohanan besar bertaraf super 1000 iaitu terbuka Malaysia 2025 ini.

Ayuh beri sokongan padu anda kepada Leong Jun Hao dan juga atlet-atlet negara kita yang lain yang akan memulakan kempen pada hari selasa ini. Ayuh Malaysiaku !!

No comments

Powered by Blogger.