Header Ads

Leong Jun Hao Balik Awal dari Malaysia Open 2025

 Leong Jun Hao Balik Awal dari Malaysia Open 2025. Hari ini sahaja setakat jam 3.15 petang, semua wakil negara yang sudah bermain di terbuka malaysia 2025 menyaksikan mereka terkandas awal. Ia jelas menyaksikan kesukaran bagi mereka bermain di kejohanan bertaraf super 1000 ini.

Terbaru, Leong Jun Hao pula balik awal kerana kalah kepada pemain China, Lu Guang Zhou dengan keputusan 3 set, 17-21, 21-16 dan juga 21-13. Keputusan ini agak mengecewakan apabila dia merupakan wakil tunggal negara untuk single lelaki dalam Malaysia Open 2025.


Leong Jun Hao Balik Awal dari Malaysia Open 2025



Di set eprtama, Jun Hao dilihat bergelut untuk mendapatkan mata sehinggakan mudah di kalahkan oleh Guang Zhou dengan keputusan 17-21. Jun Hao seperti masih mencari rentak dan membuang banyak mata daripada awal perlawanan. Dia juga tidak sempat untuk comeback dan terpaksa akur dengan kekalahan ini.

Diset kedua, Jun Hao cuba bangkit dan memperbaiki permainannya. Usahanya berhasil apabila dia menang dengan keputusan 21-16. Banyak improvement di lakukan oleh Jun Hao di set kedua dan dia juga dilihat lebih yakin berbanding ketika bermain di set pertama.

Bersambung di set ketiga, Jun Hao seakan-akan terkejut dengan prestasi Guang Zhou yang mendominasi perlawanan di set tersebut. Jun Hao ketinggalan jauh dan sukar untuk mendapatkan mata penting. Hasilnya, Dia kalah dengan keputusan 13-21.

Kekalahan ini sangat menyedihkan namun kita berharap Jun Hao dapat bangkit semula dan dapat bermain dengan lebih baik di India Open 2025 pada minggu hadapan pula. Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam permainan Jun Hao untuk membolehkan dia mencabar kejuaraan dunia nanti.

No comments

Powered by Blogger.