Leong Jun Hao Cipta Kejutan Singkirkan Pemain No 6 Dunia.

 Leong Jun Hao Cipta Kejutan Singkirkan Pemain No 6 Dunia. Satu perkara yang tak dijangka berlaku hari ini melibatkan pemain perseorangan lelaki negara iaitu Jun Hao yang berjaya mengalahkan pemain no 6 dunia dari China Li Shi Feng dalam perlawanan pembukaan India Open 2025.

Pada mulanya, ramai yang ragu dengan Jun hao memandangkan dia juga balik awal dari Malaysia Open minggu lepas jadi bila lawan dengan pemain yang onform macam li shi feng ni memang dijangka perlawanan sukar untuk jun hao.


Leong Jun Hao Cipta Kejutan Singkirkan Pemain No 6 Dunia.



Namun pemain negara Malaysia itu kekal tenang dan fokus menentang lawannya dalam perlawanan hari ini. Jun hao menang dalam 3 set penentuan dengan keputusan 18-21, 21-17 dan 21-17. 

Di set pertama, kita lihat ada peningkatan prestasi untuk Jun Hao berbanding aksi di terbuka Malaysia minggu lepas. Banyak hantaran menarik dan juga serangan di lakukan oleh jun hao namun dia tidak sempat memintas Shi feng dan terpaksa akur dengan kekalahan 18-21.

Bersambung diset ketiga,Jun Hao dilihat memperbaiki permainannya dan lebih menyerang dan bertahan dengan lebih baik. Jun hao juga sangat fokus memburu mata dan tidak terikut permainan shi feng. Akhirnya, Jun hao berjaya menghidupkan peluang dengan memenangi set kedua dengan keputusan 21-17.

Diset ketiga, Li shi feng cuba bangkit. Namun gagal apabila jun hao lebih mahu menang dan tidak melakukan kesilapan mudah. Disamping itu pertukaran taktikal jun hao membuatkan shi feng gagal membaca permainan dengan baik yang akhirnya menghadiahkan kemenangan kepada jun hao dengan keputusan 21-17.

Tahniah jun hao atas peningkatan prestasi anda kali ini. Semoga semangat dan momentum ini dikekalkan untuk perlawnaan seterusnya juga ya.


Post Navi

إرسال تعليق

0 تعليقات