Pakaian Dikritik Netizen, ini penjelasan Zehra Zambri. Bintang GV 11 yang membuat persembahan menarik pada minggu lepas iaitu Zehra Zambri membuat penjelasan mengenai perkara yang tular baru-baru ini mengenai kecaman netizen terhadap pakaiannya.
Pada konsert kesembilan, Zehra mengenakan busana rekaan Hasfitri Yusof berwarna putih keemasan dilengkapi dengan korset pada bahagian perut ketika menyanyikan lagu Nour El Chams.
Zehra berkata :
"Ada beberapa perkara yang saya nak jelaskan tentang persoalan dan kenyataan tidak benar yang dikeluarkan banyak individu di laman sosial.
"Adakah Zehra Zambri HAMIL? Jawapan empunya diri adalah TIDAK! Jadi cukuplah ya mempersoalkan tentang itu. Saya akui masih belum mendapat berat badan ideal selepas melahirkan anak secara emergency C-zer pada 21 Oktober 2022.
"Saya mengalami kenaikan berat badan yang mendadak dan tidak menjaga kesihatan diri sebaiknya kerana tekanan kerja dan dalam masa sama tanggungjawab mengurus bayi saya sendiri," ujarnya
"Takdir Allah 2024 saya diberi peluang untuk sertai GV11. Sesuatu diluar fikiran saya kerana selama ni saya ingat ‘hayat’ saya dalam dunia seni sememangnya sudah BERAKHIR," tambahnya.
Zehra juga memohon maaf kepada pihak-pihak yang tidak gemar dengan penampilan pakaian yang dipakainya ketika persembahan di konsert minggu lepas.
"Selain itu di sini saya ingin memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan imej dan penampilan saya ketika mendendangkan lagu Nour El Shams pada konsert minggu lalu.
"Saya ambil maklum pandangan kalian yang mengkritik style hijab dan busana yang saya kenakan. Insya- Allah di masa akan datang saya akan lebih cakna dan berhati-hati dalam pemilihan pakaian sebagai wanita berhijab.
"Terima kasih semua atas teguran kerana kasih sayang kalian terhadap diri saya," tambahnya.
--
Bagus zehra ni kan, terima kritikan dan komentar netizen dengan baik. Semoga yang lain semua okay lah ya dengan penjelasan Zehra kali ni. Aku harap Zehra terus fokus untuk aksi malam ini dan jika ada rezeki dia boleh melangkah ke pentas final tidak lama lagi.
Ayuh bangkit Zehra Zambri!!
0 تعليقات