Pearly Tan dan Thinaah Naib Juara Indonesia Masters 2025 !!

Pearly Tan dan Thinaah Naib Juara Indonesia Masters 2025 !! Hadiah Tahun baru cina buat pearly tan dan thinaah apabila mereka berjaya layak ke pentas final walaupun kalah di tangan lawan mereka dari Korea Selatan dalam pertembungan 3 set di Final Indonesia Masters 2025 sebentar tadi. Satu kejayaan yang luar biasa dan ini juga merupakan final pertama mereka untuk tahun 2025.


Pearly Tan dan Thinaah Naib Juara Indonesia Masters 2025 !!



Indonesia Masters 2025 bertaraf super 500 mempunyai kelebihan tersendiri yang sudah pasti diidam-idamkan oleh semua player badminton dunia. Hari ini sejarah tercipta apabila beregu wantia negara kita berjaya melangkah ke final tersebut.

Pearly tan dan thinaah kalah dengan keputusan 12-21, 21-17 dan 17-21 dalam perlawanan sebentar tadi. Di set pertama permainan beregu negara agak kurang baik dan lebih banyak membenarkan beregu korea itu bermain-main dengan gameplay mereka. Hasilnya pearly dan thinaah kalah dengan keputusan 12-21 di set pertama yang penuh dengan penyesalan.

Bersambung di set kedua, Pearly tan dan thinaah lebih bersedia dan lebih bernafsu untuk mendapatkan mata demi mata. Keghairahan mereka itu menyebabkan beregu korea menarik brek mereka kerana takut dengan reaksi dan gameplay pearly tan dan thinaah yang semakin baik.

Hasilnya, kita menang dengan keputusan 21-17. Bersambung di set ketiga. Pearly tan dan thinaah menjadi kaku dan lebih banyak menyerap tekanan lawan dan akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan hari ini. Mereka bermula dengan baik namun,hilang fokus menyebabkan mereka di hukum pemain korea tersebut.  Akhirnya mereka kalah kepada lawan mereka itu dengan mata 17-21. 

Walaupun berlangsung selama 3 set tapi semangat pearly tan dan thinaah yang tidak luntur membuahkan hasil yang baik untuk mereka hari ini. Tahniah diucapkan kepada mereka dan pasti kita akan merindui mereka untuk sebulan apabila dijangka mereka akan kembali pada bulan Mac nanti untuk tournament seterusnya.

Tahniah!!

Post Navi

Post a Comment

0 Comments