Header Ads

Saya ada anxiety, ada stage fright yang teruk juga - Illa Sabri

 Saya ada anxiety, ada stage fright yang teruk juga - Illa Sabri. Bintang Gegar vaganza 11 yang tersingkir di minggu keenam baru-baru ini mendedahkan yang dia mempunyai masalah Anxiety dan juga Stage Fright yang mengganggu persembahannya di atas pentas gegar vaganza. Illa Sabri mempunyai kualiti nyanyian yang baik namun atas beberapa faktor nyanyiannya itu tidak menjadi di minggu keenam baru-baru ini.


Saya ada anxiety, ada stage fright yang teruk juga - Illa Sabri



Illa berkata kepada gempak mengenai perkara tersebut : 

“Untuk persembahan saya dah beri sehabis baik, mungkin masa sesi latihan saya boleh buat tetapi bila berada di pentas, saya ada anxiety, ada stage fright yang teruk juga. “Jadi dengan tenaga yang tak cukup, saya fikir sebab faktor usia pun ya juga maka begitulah. Banyak faktor sebenarnya tapi apa pun saya gembira dan bangga dengan diri sendiri sebab berani masuk.


“Berani buat apa yang saya tak pernah buat selama ini sebab saya dalam industri sekejap sahaja. Dulu mana pernah nak menyanyi lagu yang rancak.

“Menari atas pentas ke tidak, saya tak pernah cabar diri. Tapi bila berjaya buat itu adalah satu kejayaan peribadi untuk saya.

“Saya seronok juga masuk GV11, awal-awal itu kalau jumpa orang ramai-ramai begini saya nak bercakap pun tak boleh. Saya sangat introvert.

“Sekarang ini saya dah boleh bercakap, boleh bergurau sikit sikit. Apa yang saya belajar di GV ini sangat sangat banyak,” katanya kepada Gempak.

Illa berkata lagi yang dirinya terima keputusan juri dengan tenang tanpa mencari salah sesiapa pun.

“Tersingkir pun tak mengapa sebab saya dapat menyanyi lagu yang saya suka dan lagu Bunga ini antara salah satunya, saya tahu susah tapi saya cuba.

“Mungkin tak ada rezeki, banyak salah sana sini. Masa Ara datang itu pun sudah memberikan semangat pada saya.

“Cuma masalah stage fright itu memang setiap minggu ada. Dengan masalah ear monitor yang kadang kadang okay kadang kadang tidak, tapi pada saya itu masalah saya sendiri. “Tapi itu tugas kita, sebagai penghibur di pentas seharusnya kena cepat belajar, mungkin salah saya sendiri sebab lambat belajar. Untuk berjaya sampai minggu keenam ini pun saya dah bersyukur.


“Stage fright di pentas GV berbeza sebab ini pertandingan yang ada juri, peminat, netizen, lain dengan kita buat persembahan biasa.

“Sebelum ini bila menyanyi sendiri atau semasa sesi latihan saya rasa okay tapi bila ada di atas pentas tu jadi tak okay.

“Bagi saya tidak ada masalah kalau menyanyi di tempat lain, tapi untuk pentas GV itu sendiri memang betul betul ada satu keadaan yang berbeza untuk saya.

“Bagi saya itu normal, selalunya tak akan jadi semacam mana yang kita rancang, pertandingan lain dengan persembahan biasa.

“Sebab saya pun bukan lahir dari material pertandingan, saya tak pernah masuk pertandingan apa-apa sebelum ini, mungkin masa kecil pernahlah dua tiga kali,” jelasnya.

--

Kita doakan illa sabry terus sukses diluar sana dan pasti lepas ni akan ada tawaran-tawaran menarik untuk buat persembahan selepas ini. Semoga terus berjaya. Terima kasih kerana menghiburkan kita semua sepanjang 6 minggu di pentas gegar vaganza.

ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.