Tiada Wakil Malaysia di Suku Akhir Thailand Masters. Agak mengecewakan juga bila tidak ada satu pun wakil Malaysia yang akan beraksi hari ini untuk pusingan suku akhir thailand masters 2025 selepas semua wakil negara balik awal dari kejohanan kali ini.
Walaupun kejohanan kali ini berstatus super 300 sahaja tetapi ia sepatutnya menjadi medan penting untuk atlet muda mencipta nama dan meningkatkan prestasi mereka. Namun sebaliknya pula berlaku kepada pasukan Malaysia.
Semalam, kita menutup hari suram kita dengan kekalahan pasukan terakhir yang beraksi iaituAaron Kai-Kang Khai Xing. Mereka kalah kepada beregu indonesia Shohibul Fikri dan Daniel Marti dalam penentuan 3 set. Keputusannya adalah 21-19, dua set berikutnya berakhir dengan kekalahan 16-21, 14-21 pada aksi 51 minit.
Malaysia mempunyai 7 wakil di semalam tetapi tidak ada seorang pun yang menang membuatkan para peminat sedih dan kecewa. Mungkin juga faktor perayaan tahun baru cina yang sedang berlangsung pada minggu ini sedikit sebanyak membuatkan mereka teringat kampung halaman di tanah air menyebabkan mereka tidak melakukan yang terbaik kali ini.
Nak buat macam mana, itulah hasil yang sudah dipilih. Kita harap mereka kembali pulih seperti sedia kala dan kembali lagi untuk dua kejohanan besar di bulan Februari 2025 ini iaitu Badminton Asia Mixed Team Championship dan juga kejohanan super 300 Terbuka Jerman selepas itu.
Kita doakan yang terbaik untuk mereka semua dan akan ada lebih banyak improvement yang boleh dilakukan oleh mereka di masa hadapan. Good Luck!!
0 تعليقات