Tok Ram Bangga Dengan Peserta GV 11 di Minggu 7. Seperti semua sedia maklum yang minggu ketujuh minggu lepas kesemua peserta menyanyikan lagu yang bukan genre mereka dan lagu yang diberikan pula tidak ada dalam senarai lagu yang para peserta inginkan atau dalam wishlist para peserta. Ia jelas memberi cabaran kepada mereka semua, namun begitu mereka tetap mempersembahkannya dengan baik.
Tok Ram yang juga merupakan ketua juri berkata :
“Kalau ikut list mereka itu, lagu itu mereka dah pernah bawa jadi untuk buat sambil lewa itu akan ada jadi bila macam ini mereka akan bekerja sedikit untuk berikan yang terbaik.
“Jadi saya lebih prefer kami yang bagi lagu tugasan, sebab ia akan nampak segar,” ujarnya.
“Pujian harus diberikan kepada mereka, kerana tiada siapa tengok monitor sebab mereka hafal lirik.
“Sepatutnya begitulah, kalau saya tengok persembahan mereka sangat berbeza dengan raptai. Saya sangat gembira dengan result yang mereka berikan, mereka benar-benar buat homework.
“Walaupun ada yang bukan jiwa, tapi saya hargai apa yang mereka lakukan,” tambahnya.
--
Agaknya macam mana persembahan minggu ke lapan malam ini? Dapatkah mereka mengekalkan momentum macam mereka lakukan pad aminggu ke tujuh? Aku rasa malam ini akan ada penyingkiran dan tak pasti berapa yang akan tersingkir.
Jadi kita harap mereka melakukan semua perkara sebaik mungkin dan kita harapkan mereka fokus dalam persembahan minggu ini. Semoga tidak ada penyingkiran lagi lepas ni. hehehe.
0 تعليقات