Zhi Sin Juara Kejohanan Badminton Kebangsaan Bawah 21! Ini merupakan satu keputusan yang mengejutkan kerana pemain muda yang baru berusia 17 tahun itu menentang pemain muda berpengalaman iaitu Siti Nurshuhaini Azman. Perbezaan usia 3 tahun tidak meluntur semangat Zhi Sin dalam memburu kemenangan.
Zhi Sin menang dengan pentuan 3 set dalam masa 75 minit dengan keputusan 21-19, 17-21, 21-19. Tahniah diucapkan untuk kedua-dua mereka. Pasti mereka dalam track dan dalam pemerhatian BAM untuk skuad negara tidak lama lagi.
Keputusan lain melibatkan perseorangan lelaki pula menjadi milik Tan Kean Wei dari Pulau Pinang selepas menundukkan pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Roslie Razeeq Danial 21-18, 13-21, 21-10 dalam masa 55 minit.
Saingan beregu lelaki menyaksikan pasangan BAM, Faiq Masawi-Lok Hong Quan, muncul juara selepas bangkit dari ketinggalan untuk mengalahkan rakan sepasukan Loh Ziheng-Tan Zhi Yang 18-21, 21-18, 21-19.
Bagi acara beregu wanita, pasangan BAM, Carmen Ting-Ong Xin Yee, tidak menghadapi sebarang masalah untuk menewaskan pasangan Johor, Dania Sofea Zaidi-Low Zi Yu, 21-19, 21-7 bagi merangkul gelaran juara.
Juara beregu campuran pula menjadi milik gandingan BAM, Wee Yee Hern-Chan Wen Tse, yang berjaya menundukkan rakan sepasukan Loh Ziheng-Noraqilah Maisarah Ramdan dengan kemenangan 21-11, 21-16.
Sumber : Harian Metro.
0 تعليقات