Aina Abdul Tak Kongsi Kos Keseluruhan Persembahannya di AJL 39. Nama Aina Abdul diumumkan sebagai pemenang bagi kategori persembahan terbaik di malam anugerah Juara lagu ke39 baru-baru ini. Dia membawakan lagu Puas Sudah pada malam tersebut dan memenangi trofi persembahan terbaik yang berjaya memukau para penonton dan juri pada malam itu.
Pada AJL 38 pada tahun lepas, Aina telah menghabiskan RM 400k untuk persembahannya pada tahun lepas namun tahun ini dia tidak mahu mendedahkan kos persembahannya kerana Aina mengakui rasa berbaloi dengan kemenangan yang diperolehinya pada malam ajl 39.
Aina berkata :
“Saya rasa memang berbaloi, Allah bagi saya kemenangan pada malam ini.
“Saya takkan kongsi kos saya cuma ini adalah paling banyak saya berhabis.
“Saya tak ingat berapa ramai team yang saya bawa ke AJL ini, hampir 100 orang juga yang menyiapkan saya hari ini. Anugerah ini adalah untuk mereka, hasil kerjasama berbulan-bulan.
“Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang kami impikan,” ujarnya
Ketika bercerita mengenai konsep persembahannya, Aina berkata:
“Saya tak berfikir panjang untuk konsep lagu ini, saya hanya nampak warna merah untuk lagu ini.
“Kisah lagu ini adalah ditulis berdasarkan kisah orang lain persamaan kisah-kisah mereka ini semua. Hari ini saya hanya medium untuk bercerita.
“Saya tampil dengan jantung kerana saya rasa ini lah selayaknya untuk Puas Sudah.
“Saya mewakili mata-mata, bibir-bibir yang nak bersuara tapi tiada medium,” kongsinya lagi.
--
Walaupun tak menang anugerah utama, tetapi ramai peminat dan pemerhati muzik tanah air memberi pujian kepada penyanyi bersuara lunak ini iaitu aina abdul atas kejayaannya menyampaikan lagu puas sudah dengan baik dan latar persembahan yang sangat baik turut diberi pujian.
Mungkin peluang untuk aina menjuarai ajl 40 pula tahun hadapan? siapa tahu. semoga Aina terus berkarya dan terus menerus berusaha menghasilkan karya terbaik untuk industri musik tanah air. All the best Aina Abdul!
0 Comments