Arrora Salwa Cuti Pendek untuk GV, Tahu Tak Layak ke Final. Seperti sedia maklum, bila masuk Gegar Vaganza perkara penting yang mesti di lakukan para peserta adalah mengambil cuti jika mereka masih berkhidmat atau bekerja. Begitu juga dengan bintang GV11, Arrora Salwa yang tersingkir baru-baru ini.
Bintang GV itu berkata dia sudah menjangkakan yang dia tidak layak ke final, jadi sebab itu dia ambil cuti pendek sahaja berbanding peserta-peserta lain.
Arrora berkata :
“Sebenarnya, selepas habis sahaja GV, saya belum berehat lagi. Saya masih ada penggambaran dan sebelah petang saya akan terbang semula sebab cuti saya dah habis hari ini (31 Januari),” katanya.
"Buat sementara waktu ini, saya akan terbang dulu. Tengok macam mana perjalanan seni saya nanti. Kalau memberangsangkan, kita akan fikirkan semula. Tapi buat masa sekarang, saya tak boleh buat keputusan terburu-buru," jelasnya.
"Saya hanya ambil cuti sampai hujung Januari. Saya memang tak ada keyakinan untuk sampai ke pentas akhir, sebab saya tahu di mana kekurangan dan kelemahan saya," katanya.
"Saya dah cakap awal-awal, saya tiada kekuatan vokal sehebat peserta lain. Biarlah yang lebih layak dan mempunyai vokal mantap ke final. Dapat bertahan sampai minggu kelapan pun sudah cukup bagi saya," tambahnya.
--
Ramai yang merindui persembahan Salwa kan. Setiap minggu ada sahaja celoteh arrora di atas pentas yang mencuit hati penonton. Semoga rezekinya semakin bertambah-tambah selepas ini. Good Luck Arrora Salwa!
0 Comments