DYRGA DADALI HAMPIR MENGAMUK SEBAB INI ..

DYRGA DADALI HAMPIR MENGAMUK SEBAB INI .. Baru-baru ini pihak astro buat kejutan ketika konsert minggu semi final dimana ketika persembahan Dyrga, tidak ada VT di screen tapi digantikan dengan kejutan kembar dyrga di atas pentas.

Bintang GV 11 itu mengatakan dia dihalang naik ke atas pentas walaupun namanya sudah di panggil hos ketika itu. Mula-mula dia rasa nak marah dan lebih mengejutkan apabila dia nampak ada seseorang yang mirip dengan dia sudah berada di pentas dan mulakan nyanyian.


DYRGA DADALI HAMPIR MENGAMUK SEBAB INI ..



Lepas berfikir panjang, barulah dia sedar yang itu hanya gimik dan prank sahaja dari pihak astro. Dyrga berkata : 

"Sejujurnya, tadi saya sudah rasa nak marah. Bila nama saya diumumkan, saya memang sudah bersedia untuk naik ke pentas kerana VT saya tiada, jadi saya ingat saya akan masuk terus.

“Tapi tiba-tiba saya dihalang oleh pihak produksi, dan saya terkejut apabila melihat seseorang yang kelihatan seperti saya sudah berada di atas pentas.


“Lama-lama baru saya sedar, rupa-rupanya itu Shahrol! Kami memang sudah berjanji, tetapi katanya dia tak dapat datang kerana mahu mengerjakan umrah.


"Bila saya nampak dia ada di pentas, saya betul-betul terkejut!" katanya kepada Gempak.


Dyrga berlakon filem dengan Sharol shiro ?


Bintang GV 11 itu turut menambah yang dia akan berlakon filem tidak lama lagi. Katanya "Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya dan Shahrol akan berlakon dalam satu filem bersama. Bulan Mei nanti, kami akan ada perbincangan untuk skrip," katanya ringkas.

--

Kalau korang dah tengok sedutan muka dyrga ketika dia tengok dari belakang pentas tu memang lawak gila. haha nasib baiklah dia tak marah betul-betul kan. hehe Good Luck Dyrga untuk final nanti !!


Post Navi

Post a Comment

0 Comments