Dyrga Dadali Naik berat badan sejak sertai GV 11

Dyrga Dadali Naik berat badan sejak sertai GV 11. Salah satu cerita menarik perhatian aku adalah berkaitan dengan pemenang tempat keEMPAT gegar vaganza 11 iaitu Dadali Dyrga. Penyanyi dari Indonesia ini mempunyai fanbase yang semakin ramai di Malaysia sejak menyertai gegar vaganza musim ni tau. 

Cerita menarik yang aku nak kongsikan ni adalah Dyrga berjaya naikkan berat badannya sepanjang 3 bulan beraksi di pentas gegar vaganza 11 tau. hehe itu kalau korang perasan masa final baru ni,pipi dia tembam sikit kan. hehe.


Dyrga Dadali Naik berat badan sejak sertai GV 11



Perkara ini diakui oleh Dyrga ketika ditanya oleh gempak,com. Dyrga berkata : 

“Berat saya bertambah lebih kurang 10 kg, sampai semua team wardrobe pening apabila busana yang telah disiapkan tidak muat untuk saya.

“Sebelum saya masuk GV berat saya maintain 80 kg, tapi baru-baru ini saya timbang berat saya dah mencecah 95 kg,” katanya.

Dyrga minat dan suka makan nasi kandar. Dia menambah: 

“Isteri saya melihat saya pun dia dah suruh saya bersenam dan saya juga diminta untuk dimakan makanan sihat. Tapi bila saya melihat nasi kandar saya tak boleh tahan nafsu saya.

“Memang enak sekali, rempah-rempahnya itu sangat sedap sehingga buat saya bernafsu. Nasi kerabu pun saya makan daripada biru nasi itu sampai jadi warna merah sebab campur dengan budu. Naan Cheese pun saya makan juga,” tambahnya.

“Saya selalu live di Tiktok, jadi ramai yang mencadangkan kepada saya untuk makan itu ini,” katanya.

--

Aku rajin juga layan live tiktok dyrga ni. memang kelakar gila dia bila tengok dia practice untuk persmebahan mingguan dan ketika dia makan dengan tok ram bagai tu. hehe memang kelakar. dengar cerita Dyrga akan ada konsert di 3 buah negeri di Malaysia nanti bulan 7 tau. Untuk info nanti korang boleh follow tiktok dyrga ya.


Baca Juga
Post Navi

Post a Comment

0 Comments