Herry IP Harap Mampu Mantapkan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Jurulatih beregu lelaki negara mempunyai harapan yang tinggi bagi meningkatkan prestasi pemain badminton beregu lelaki negara iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menjelang aksi pertama kejohanan All England 2025 bulan hadapan. Kejohanan penting itu bakal menyaksikan ilmu yang diperturunkan oleh jurulatih lagenda dari Indonesia tersebut.
Herry IP Harap Mampu Mantapkan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik
Seperti ramai yang sudah tahu, Aaron Chia dan soh wooi yik dibawah bimbingan jurulatih Herry selepas dia mengganikan jurulatih lama yang berpindah ke hong kong. Herry berkata:
"Memang mereka memerlukan waktu, tidak boleh cepat. Kita harus (melakukannya) perlahan-lahan dan berharap di All England ada perubahan," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini hari ini.
"Mungkin kalau saya tengok dahulu, mereka masih biasa angkat bola namun cara saya no lift (tidak). Jadi saya harus memaksa mereka dan selama seminggu lebih ini (ada kemajuan) sudah cukup baik," katanya.
Sementara itu, ditanya juga mengenai pasangan pemain beregu muda negara seperti Kang Khai Xing-Aaron Tai, Herry berkata:
"Mereka ada potensi dan pintar. Jadi kita harus benar-benar jaga supaya jangan sampai cedera," katanya.
Dia juga mengakui mereka masih jauh keterbelakang untuk menyamai rekod pemain senior setakat ini tetapi seperti yang diperkatakan pasangan itu perlu di jaga dan mengelakkan dari cedera yang boleh merencatkan perancangan pembangunan mereka.
All England 2025 bakal menjadi medan besar untuk menilai kemampuan jurulatih yang terkenal dengan gelaran Naga Api dalam membimbing skuad beregu lelaki negara ke tahap yang lebih baik. Para peminat juga tidak sabar menyaksikan perkembangan terkini pemain-pemain negara.
0 Comments