Jurulatih Puas Hati Dengan Aksi Malaysia di BAMTC

Jurulatih Puas Hati Dengan Aksi Malaysia di BAMTC. Walaupun pasukan negara melalui satu fasa kekalahan yang memalukan, Jurulatih perseorangan lelaki negara berkata dia berbangga dengan rpestasi anak buahnya di kejohanan Badminton Asia Mixed Team Championship baru-baru ini. Malaysia gagal melangkah ke pusingan suku akhir selepas tewas dua perlawanan peringkat kumpulan kepada pasukan Indonesia dan juga Hong Kong.


Jurulatih Puas Hati Dengan Aksi Malaysia di BAMTC


K Yogendran merupakan jurulatih pasukan negara berkata : 


"Pasukan Malaysia tidak masuk suku akhir kali ini, tapi keseluruhannya saya rasa berpuas hati dengan pemain yang diturunkan. Mereka sudah berikan yang terbaik dan kalah menang itu satu permainan.


"Mesti ada kalah dan menang. Memang kita tidak gembira kerana kita kalah tapi kita tidak boleh terlalu kecewa sampai tidak boleh bangkit. Jadi kita akan mengambil ini sebagai satu pengajaran dan kita akan belajar di mana kelemahan kita. Balik nanti, kita kuatkan kelemahan itu untuk menjadi pemenang pada kejohanan seterusnya,"katanya.


"Bagi saya, hanya berikan yang terbaik dalam permainan walaupun ada ketinggalan 20-17 tapi saya hanya fikir macam mana untuk dapat mata.


"Bila cakap berkenaan tekanan, pasti ada tapi cara untuk mengurangkan tekanan itu yang penting. Jadi dari situ, saya cuba fokus setiap mata demi mata," katanya.

--

Mungkin ia bukan alasan yang boleh diterima oleh penyokong tetapi nak buat macam mana, kita perlu segera move on dan terus fokus untuk kejohanan-kejohanan lain yang akan bermula pada minggu hadapan pula.

Semoga kegagalan hari ini menjadi tunjang kebangkitan pasukan Malaysia di pentas kejohanan besar dunia. Bulan Mac ni kita ada All England. Jadi ia merupakan perlawanan tumpuan dan mengharapkan pasukan negara bermain dengan baik di kejohanan tersebut.

Good Luck Malaysia.

Baca Juga
Post Navi

Post a Comment

0 Comments