Kedudukan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Terancam?

Kedudukan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Terancam? Disebalik prestasi tidak menentu pemain bergu no 1 lelaki negara ini kita dapat lihat kebangkitan beregu muda yang mendapat perhatian ramai iaitu Man Wei Chong dan Kai Wun Tee. Malah kedudukan aaron dan wooi yik juga sedikit terancam jika mereka gagal menaikkan kembali ranking mereka yang akan menyebabkan mereka tidak layak bermain di Piala Sudirman pada Mei ini.


Kedudukan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik Terancam?



Mungkin kerana Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berada di puncak ranking dunia dan berada di tahap terbaik serta telah menjuarai terbuka India bulan lepas menjadi faktor mereka di pilih menjadi wakil pertama di Piala Sudirman nanti. Manakala satu slot lagi perlu diisi sama ada Aaron dan Wooi Yik atau pun Man Wei Chong dan Kai wun tee bagi mewakili negara di pentas Sudirman Cup nanti.

Namun begitu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, berkata peluang masih terbuka untuk kedua-dua pasangan berkenaan dan pemilihan akan bergantung kepada prestasi mereka dalam kejohanan akan datang.


"Kami masih belum membuat keputusan mengenai pasangan yang akan dipilih untuk Piala Sudirman. Ia boleh jadi Aaron-Wooi Yik dan Sze Fei-Izzuddin atau Sze Fei-Izzuddin bersama Wei Chong-Kai Wun.


"Kami mempunyai banyak pilihan dan segalanya bergantung kepada prestasi mereka di Seluruh England dan Kejohanan Badminton Asia.


"Wei Chong-Kai Wun menunjukkan kematangan dalam BAMTC. Mereka tidak mudah putus asa walaupun pasukan sudah tewas dan terus berjuang sehingga ke akhir perlawanan," katanya.


Berdasarkan rekod, Piala Sudirman akan berlangsung di Xiamen, China dari 27 April hingga 4 Mei depan.

--


Malaysia mempunyai kelebihan untuk slot beregu lelaki kerana memiliki pemain berkualiti yang banyak. Jadi semua pemain mempunyai peluang cerah untuk beraksi cumanya kuota yang sikit di peringkat kejohanan tertentu menyukarkan kita membuat pilihan.

Jadi kita harap Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kembali garang dan dapat menempah slot ke piala sudirman pada mei nanti. Sekarang ni fokus All England dulu ya.


Baca Juga
Post Navi

Post a Comment

0 Comments