Liza Aziz Juara Gegar Vaganza 11! Sejak dari minggu pertama lagi ramai yang dah jangka yang penyanyi lagenda, Liza Aziz akan menjuarai gegar vaganza tahun 2024 ini. Perkara itu terbukti benar apabila semalam, Liza dinobatkan secara rasmi sebagai juara GV 11 di hadapan penonton dan peminatnya. Ia juga menandakan musim kesebelas gegar vaganza akhirnya melabuhkan tirainya secara rasmi.
Liza yang memberi ucapan selepas diumumkan kemenangannya dengan berkata dia bersyukur dan dia sahkan kemenangan itu.
“Alhamdulillah akhirnya kini pasti saya menang,” katanya ringkas.
Teknik yang luar biasa yang ada pada Liza aziz membuatkan dia berada jauh kehadapan berbanding peserta-peserta lain musim ini. Namun dipenghujung musim ini, kita lihat Ning Baizura berjaya merapatkan jurang dengan sangat ketara.
Namun tidak dapat memintas kedudukan liza aziz. korang dah baca markah final gv 11? korang kena baca tau sebab jarak mata tu tak jauh beza jer antara dua lagenda ni.
Liza telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.
Tempat kedua disandang oleh Ning Baizura yang membawa pulang wang tunai RM50,000 manakala Sheila Abdull berada di tempat ketiga membawa pulang RM30,000 dan trofi.
Sementara itu, Dadali Dyrga memenangi tempat keempat membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 disusuli Zehra Zambri di tempat kelima yang membawa pulang RM15,000 berserta trofi.
Manakala trio dari Indonesia, The Lima meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai, RM10,000 berserta trofi.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang gegar vaganza 11 musim ini. Terima kasih kerana berjaya hiburkan kami sepanajang 12 minggu ini. Kami hargai usaha dan keringat anda dalam menjayakan rancangan GV 11 ini.
Good Luck diluar sana tau !
0 Comments