Man Wei Chong Dan Kai Wun Tee Yakin Masuk Top 10 Dunia

Man Wei Chong Dan Kai Wun Tee Yakin Masuk Top 10 Dunia. Bintang beregu lelaki negara yang semakin meningkat naik ini hanya perlu beberapa mata sahaja lagi untuk memasuki kelompok top 10 dunia tidak lama lagi. Jika ia menjadi kenyataan, mereka akan menjadi beregu ketiga dari Malaysia berada di dalam kelompok tersebut.


Man Wei Chong Dan Kai Wun Tee Yakin Masuk Top 10 Dunia



Dua beregu lain yang sudah berada di kelompok 10 terbaik adlaah Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin serta Aaron chia dan soh wooi yik.

Kai Wun berkata : 

"Setiap pemain dalam ranking 10 dunia, mereka ada mentaliti yang baik. Sekarang kami sudah belajar sesuatu serta sudah tahu taktik dan cara untuk mengawal keadaan ketika bertemu lawan lebih baik," katanya. 

"Sekarang kita baru balik dari China dan baru mula latihan. Kita akan terus berlatih sebelum ke kejohanan seterusnya dan yang penting (jaga) kesihatan selain kita mahu kekalkan perkara positif dalam permainan.


"Kita harap di setiap kejohanan boleh dapat keputusan yang bagus. Kalau tak bagus pun, kita kena terima juga. Kita berikan yang terbaik untuk setiap perlawanan," katanya.


Bulan hadapan, Kai Wun tee dan Man Wei chong akan bersama-sama dengan skuad Malaysia beraksi di pentas All England 2025. Persediaan sudah mula dilakukan dan pasti saingan kali ini sangat bermakna untuk kita dan kita doakan mereka berjaya menjulang trofi all england tidak lama lagi.

Bila dah julang trofi, maka lebih mudah untuk naik ranking dan memasuki ranking 10 terbaik dunia. Semoga berjaya buat Man Wei Chong dan Kai Wun tee. 

Baca Juga
Post Navi

Post a Comment

0 Comments