Man Wei Chong Idam TOP 10 World Ranking!! Pemain beregu lelaki no 3 negara, Wei Chong berharap yang dia dan pasangannya Kai Wun Tee dapat menaikkan ranking mereka memasuki senarai 10 pemain terbaik dunia untuk tahun 2025 ini. Setakat bulan Januari 2025 ini, ranking mereka sudah berada di kedudukan ke 12 terbaik dunia selepas mereka menang Indonesia Masters baru-baru ini.
Wei Chong berkata :
"Kita harap boleh ke kelompok 10 terbaik kerana sasaran ini pun sudah dua tahun dan kami masih belum capai lagi. Harap tahun ini boleh betul-betul sampai ke kelompok 10 terbaik," kata Wei Chong.
Ditanya juga mengenai jurulatih baru, Herry Ip, Wei Chong berkata :
"Saya rasa boleh membantu kerana dia di Indonesia pun lebih 30 tahun (membimbing skuad badminton Indonesia) dan banyak melahirkan juara Olimpik dan pemain ternama.
"Jadi saya harap untuk seterusnya, kami mampu menjadi lebih baik," katanya.
"Kami akan mengambil pendekatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Jangan bagi tekanan kepada diri terlalu banyak dan semua kejohanan, kami akan buat yang terbaik," katanya.
--
Kalau tahun lepas, kita ada Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin sebagai rising star. Tetapi untuk tahun ini, kita harap pasangan Man Wei Chong dan Kai wun tee dapat menjadi rising star 2025 pula. Mereka kini menjadi bualan ramai dan sudah pasti peminat-peminat badminton tak sabar menantikan aksi mereka seterusnya.
Semoga terus sukses Man Wei Chong dan Kai Wun Tee.
0 Comments