Mimi Fly Seronok Lagunya akan dinyanyikan di Final GV 11

Mimi Fly Seronok Lagunya akan dinyanyikan di Final GV 11. Korang masih ingat dengan mimi fly? Dia juga merupakan alumni Gegar Vaganza 6. Walau bagaimana pun, ketika itu Mimi bertanding bersama dengan kumpulan One Nation Emcess tetapi selepas GV, mimi keluar dari kumpulan tersebut dan bergerak solo. 

Minggu lepas diumumkan yang lagu Angkat yang juga merupakan lagu Mimi Fly bakal dinyanyikan oleh para peserta malam ini di pentas final gv 11. Ternyata respon dari tuan punya lagu sangat membahagia kan. 


Mimi Fly Seronok Lagunya akan dinyanyikan di Final GV 11


baca juga : Live final gegar vaganza 11.


Mimi berkata kepad gempak.com :  

“Seronok bila dengan finalis Gegar Vaganza akan bawakan lagu saya, lebih-lebih lagi apabila saya sangat menghormati mereka dan mereka kena bawakan sesuatu yang sangat lain, jadi saya datang untuk memberi sokongan kepada mereka semua.


“Saya sangat teruja kerana pentas akhir GV sampaikan lagu saya iaitu Angkat,”kata Mimifly ketika ditemui Gempak.

Sebagai penyanyi asal lagu angkat, Mimi turut sama memberi nasihat dan panduan kepada finalis yang akan menyanyikan lagu ini di segmen bettle. Mereka adalah Liza Aziz, Ning Baizura, Zehra dan juga Shiela Abdull. Mimi turut menambah 

“Seperti yang bunda Hetty kata, tembakannya harus tepat dan jadi diri anda sendiri, baru bunyi rap itu akan lebih dipercayai dan saya pasti mereka sudah lakukan persiapan yang sangat baik jadi saya tidak rasa mereka perlukan sebarang tip daripada saya,” tambahnya.

--

Disebabkan ini lagu baru, jadi ia merupakan cabaran besar buat para finalis kerana mereka mungkin terlalu sibuk dengan GV dan terlepas lagu ini. Jadi kita tengok nanti siapa yang buat salah dan siapa pula yang akan perform dengan baik di pentas nanti.

Semoga berjaya buat semua finalis gegar vaganza malam ini.

Baca Juga
Post Navi

Post a Comment

0 Comments