Nak Capai Tahap Olimpik, Juara Dunia? Ini Amaran Tegas Herry IP Kepada Beregu Lelaki Malaysia

Nak Capai Tahap Olimpik, Juara Dunia? Ini Amaran Tegas Herry IP Kepada Beregu Lelaki Malaysia. Impian menjadi juara dunia bukan sahaja ada dalam diri pemain tetapi juga dalam diri penonton dan peminat sukan badminton ini. Namun begitu ktia harus sedar ia bukanlah satu tugas yang mudah dan senang bagi pemain badminton negara.


Nak Capai Tahap Olimpik, Juara Dunia? Ini Amaran Tegas Herry IP Kepada Beregu Lelaki Malaysia



Bercakap mengenai impian besar itu, ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi berkata banyak perkara yang pelu dititik beratkan oleh pemain jika mahu menjulang trofi olimpik dan juga menjadi juara dunia. 

Herry berkata : 

"Untuk mencapai tahap juara dunia dan Olimpik, pemain harus memiliki 'totalitas' (kesungguhan sepenuhnya). Ia bukan sekadar kerja keras, tetapi juga disiplin, motivasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Saya sering tekankan, kepala menjadi kaki, kaki menjadi kepala, itulah totalitas sebenar.


"Ada pemain yang bersemangat dalam beberapa bulan, tetapi kemudian mengalami penurunan motivasi. Ini perkara biasa dalam sukan, tetapi tugas jurulatih ialah memastikan mereka kekal berada pada tahap terbaik," kata Herry 


"Jadi sebagai jurulatih, saya harus mempunyai hubungan yang akrab dan tahu karakter setiap pemain," katanya.

Ketika ditanya mengenai masa yang  diperlukan untuk melatih para pemain, Herry berkata : 

"Kalau Aaron Chia (dan Soh Wooi Yik) mungkin tidak terlalu lama, lebih kurang setahun," katanya.


Skuad beregu lelaki negara ketika ini terdiri daripada Aaron-Wooi Yik, Man Wei Chong, Tee Kai Wun, Choong Hon Jian, Muhammad Haikal Nazri, Wan Arif Wan Junaidi, Yap Roy King, Goh Boon Zhe, Wong Vin Sean, Fazriq Razif, Bryan Jeremy Goonting, Aaron Tai dan Kang Khai Xing.

Post Navi

Post a Comment

0 Comments