Pang Ron Harap Sokongan Peminat Untuk Aksi BAMTC. Menjelang aksi pertama kejohanan Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di Qingdao, China esok, Kapten pasukan Malaysia, Hoo Pang Ron berharap pasukan nya mendapat sokongan padu daripada penyokong kita agar dapat mencipta kejutan dalam edisi kali ini.
Skuad Malaysia yang dihantar kali ini bercampur di antara senior dan junior. Jadi memang menarik untuk ditonton dan kemungkinan besar untuk layak ke semi final juga semakin tinggi. Pang Ron bercakap kepada media dengan berkata :
"Saya harap kami semua boleh buat yang terbaik dan pemain saling sokong antara satu sama lain. Ini kerana dalam acara berpasukan seperti ini apa saja boleh berlaku.
"Biarpun jika kita ketinggalan jauh jangan patah semangat, semangat untuk melawan itu kena ada.
"Saya turut berharap sokongan padu dapat diberikan kepada kami di kejohanan ini," katanya.
Perlawanan pertama untuk skuad Malaysia akan bermula esok iaitu 12 Februari 2025 yang mana skuad negara akan bertemu dengan Hong Kong dalam perlawanan bermula jam 9.30 pagi tu. Sementara itu hari ini, satu perlawanan berlangsung melibatkan Hong Kong menentang Indonesia.
Selepas menentang hong kong, Malaysia akan bertemu dengan skuad Indonesia bagi menentukan pasukan manakah mendapat tempat pertama kumpulan memandangkan skuad Indonesia berjaya mengalahkan Hong Kong dalam perlawanan hari ini.
Kita doakan semua pemain negara dapat berikan yang terbaik untuk perlawanan esok seterusnya menghadiahkan kemenangan pertama buat skuad negara. Bukan mudah tetapi pengalaman berharga boleh di peroleh daripada perlawanan esok.
Misi kemenangan bakal bermula, jom beri sokongan padu anda kepada skuad Malaysia dalam perlawanan esok dan setersunya ya.
0 Comments