Rexy Dakwa Tukar sistem kiraan mata BWF tidak praktikal! Baru-baru ini tular di sosial media mengenai impian persatuan Badminton dunia untuk mengembalikan format mata kepada 15 mata selepas beberapa tahun bermain dengan format 21 mata. Ia jelas mendapat pelbagai respon dari dunia badminton termasuklah di Malaysia.
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky turut mengulas mengenai perkara tersebut dan berkata :
"Apa yang diinginkan? Sekarang yang difikirkan tukar mata sahaja, bukan apa yang lebih baik untuk ke depan. Tapi saya lihat, mereka buat begitu, jadi saya tak mahu baca (ambil kisah).
"Asyik nak tukar mata tetapi apa perubahannya? Tenis main enam ke 10 jam, ada saja orang tengok.
"Jadi perlu buat perkara lain, jangan fikir mengenai kiraan mata. Bukan saya kecewa, tetapi apa yang ditukar?. (Kiraan) 21 mata sudah bagus, buat apa tukar lagi," katanya
--
Betul juga kata Rexy ni kan. Sepatutnya BWF perlu berfikir bagaimana nak jaga kebajikan para pemain dan melakukan perubahan yang lebih praktikal untuk semua. Bagi korang yang tak tahu, cadangan ini belum dimuktamadkan lagi tau.
Ia mungkin akan dimuktamadkan tahun depan dalam kongress bwf tahun 2026. Jadi masih banyak ruang perbincangan dan solusi boleh diutarakan bagi menaikkan kembali sukan badminton di seluruh pelusuk dunia.
0 تعليقات