Ronnie Hussien Dedah GV tidak Memalukan Peserta! Di pertengahan Gegar vaganza musim kesebelas baru-baru ini telah viral mengenai dakwaan seorang penyanyi lagenda iaitu Man Bai yang mendakwa rancangan realiti ini memalukan para peserta yang terdiri daripada bintang ternama dan orang lama dalam dunia seni. Dakwaan itu bagaimanapun di sangkal oleh ramai alumni Gegar vaganza. Termasuklah bintang GV 11, Ronnie Hussien.
Ronnie berkata ketika sidang media selepas konsert :
“ Jika kita berfikiran positif, artis yang menyertai GV adalah mereka yang dipilih dan diberikan peluang untuk kembali menyerlah selepas lama menyepi.
“Pada mulanya, saya sendiri ragu-ragu, tetapi setelah melihat bagaimana peserta lain bersedia menghadapi cabaran, saya sedar GV sebenarnya menguji kemampuan kami. Ia juga memberi peluang kepada peserta untuk menyanyikan lagu di luar kebiasaan mereka,” jelasnya kepada Gempak.
“GV membuka peluang untuk kami belajar daripada individu hebat seperti Tok Ram, Ibu Hetty, dan Tok Naz. Walaupun sudah 30 tahun menyanyi, masih ada banyak perkara yang belum kita pelajari.
“Saya sangat puas hati menyertai GV dan ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta, sama ada yang sudah tersingkir atau masih bertanding. Ini adalah persiapan untuk menghadapi dunia sebenar selepas GV,” katanya.
--
Ronnie tersingkir di minggu semi final pada ahad dan terpaksa akur tidak dapat beraksi di pentas akhir walaupun berbaki hanya 1 minggu sahaja lagi. Namun prestasi Ronnie memang diluar jangka dan ada banyak improvement yang dilakukannya sepanjang berada di gegar vaganaza musim ini.
0 Comments