Saya tak letak harapan langsung tapi .. Juara AJL 39, Marsha mendedahkan yang dirinya tidak meletakkan harapan untuk menjadi juara langsung dalam anugerah juara lagu 2025 baru-baru ini. Marsha juga berkata kemenangan ini merupakan hasil titik peluh dan kesusahan yang di laluinya sepanjang menjadi artis dan penyanyi selama 20 tahun ini.
Marsha berkata kepada media :
“Trofi ini sangat bermakna bagi saya kerana 20 tahun saya dalam industri mencari nama dan saya rasa ramai yang menyaksikan kesusahan saya dalam industri. Ini sangat bermakna buat saya.
“Saya tak letak harapan langsung tapi jauh di sudut hati saya ada cakap ‘bestnya jika dapat’ (juara) tapi untuk saya juara itu saya tak sangka.
“Selama 20 tahun akhirnya saya dapat menang, saya sangat bersyukur kepada semua yang menyokong saya, terutama pencipta lagu,” katanya pada sidang media AJL39.
“Sebelum ini saya rasa saya terlebih kerja sedikit jadi saya hilang suara. Saya juga ada dapatkan rawatan dua minggu lalu.
“Tapi sekarang saya sudah sihat cuma dari segi mental itu sedikit terganggu, siapa yang tak gemuruh untuk pentas besar macam ini.
“Alhamdulillah, we made it,” ujarnya lagi.
Marsha juga sempat berkongsi mengenai lagu yang dinyanyikan itu. Marsha berkata :
“Terus terang lagu Hening Rindu ini banyak mengingatkan saya dengan orang-orang yang saya sayang yang sudah tiada.
“Pada masa sama, melihat situasi orang lalui sekarang, jadi perkara itu satu kesukaran untuk saya sebab terlalu menjiwai sangat untuk lagu ini.
“Alhamdulillah, keluarga, peminat dan label banyak sokong saya,” kongsinya lagi.
--
Biasanya bila kita tak terlalu berharap maka kita akan lebih senang dapat benda tersebut. Tahniah di ucapkan kepada Marsha atas kejayaan menjadi juara AJL 39. Kita harap tahun hadapan marsha dapat melayakkan diri sekali lagi ke pentas AJL 40 pula.
0 Comments