Tok Naz Bangga Dengan Persembahan Zehra Zambri di Suku Akhir Sebenarnya ramai yang terkejut dengan persembahan Zehra Zambri pada hari ahad yang lalu. Mana tidaknya jarang-jarang Zehra perform hebat dan padu sepanjang 10 minggu di Gegar Vaganza. Malah dia juga mendapat standing oviation dari para peminat dan penonton Gv pada malam tersebut.
Bukan mudah tetapi ia berhasil selepas beberapa kali mencuba. Ketika ditanya kepada juri, Datuk Syafinaz Selamat mengenai persembahan Zehra Zambri yang memukau itu, Tok Naz berkata :
“Bila saya tengok persembahan Zehra tadi, baru saya rasa ini adalah pertandingan.
“Apa yang dia buat adalah standard Gegar Vaganza.
“Macam tak sangkalah, sebab kalau kita lihat persembahan dia membawakan dua genre berbeza dan kita dapat dengar tone dia pun berbeza. Jadi dia tunjuk dua-dua itu dan apa yang dia buat ini sesuatu yang bukan dia,” ujarnya.
Tok Naz juga tidak menolak kemungkinan, Zehra Zambri masih menyimpan taringnya sebelum ini dan dihujung-hujung barulah dia menyanyikan dengan lebih baik dan berkualiti.
Datuk Syafinaz berkata lagi “Bahaya simpan-simpan taring ini sebab anda boleh terkeluar, kalau ikut markah beberapa minggu lepas dia (Zehra) hampir terkeluar.
“Kalau ada GV lagi setiap peserta kena hati-hati kalau ada terfikir untuk tarik-tarik break sebab takut anda akan terkeluar jadi mereka sebenarnya perlu ada satu spot yang selesa untuk mereka,” ujarnya.
-
Sebagai peminat kita harapkan Zehra Zambri dapat kekal dengan prestasinya memandangkan malam ini sudah minggu semi final. Jadi kita risau dia tersingkir pula nanti. Kita doakan dia melangkah ke final dengan jayanya bersama dengan para peserta yang lain.
Good Luck Zehra !
0 تعليقات