Zehra Zambri Bakal Bercerai?

Zehra Zambri Bakal Bercerai? Sejak semalam tular mengenai kisah kehidupan bintang gegar vaganza 11 yang juga merupakan pemenang tempat keempat GV 11 baru-baru ini. Zehra Zambri dikatakan bakal memfailkan cerai secara 'fast track' terhadap suaminya dalam masa terdekat. Sebenarnya sejak final hari tu memang benda ni pernah dibualkan dengan Zehra dan tak sangka sepantas ini.


Zehra Zambri Bakal Bercerai?


Perkara itu disahkan ?

Ia (perkara perceraian) disahkan sendiri oleh suaminya Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42 selepas dia diberitahu sendiri oleh Zehra mengenai permohonan cerai tersebut pada hari rabu baru-baru ini.

Iqwan berkata :  

“Saya dimaklumkan Zehra akan failkan penceraian secara 'fast track' minggu depan.


“Pagi tadi (Rabu) dia beritahu yang mahu keluar sekejap. Selepas itu, Zehra memaklumkan dia berjumpa peguam untuk failkan cerai terhadap saya,” katanya kepada mStar.


Iqwan mendedahkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada petang Rabu.

Fail Nusyuz?

Ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah itu, Iqan mendedahkan dia cuba menyelamatkan keluarganya dengan bercadang untuk memfailkan nusyuz terhadap Zehra, Pada masa yang sama, dia berharap dapat berjumpa dengan Zehra dan berbincang demi menyelamatkan perkahwinannya itu.

Iqwan berkata :

“Saya belum failkan nusyuz cuma datang ke mahkamah kerana mahu mendapatkan pencerahan dan mengetahui prosedur selanjutnya,” jelasnya.

“Penceraian bukan penyelesaian apatah lagi hubungan kami pun baik-baik sahaja.

“Saya nak selamatkan perkahwinan ini sebab kami tiada sebarang masalah. Ikut undang-undang kami masih suami isteri.

“Kami ada anak bersama. Penceraian bukan penyelesaian apatah lagi hubungan kami pun baik-baik sahaja,” ujarnya.


Punca Nak bercerai?

Iqwan jelaskan yang dia tidak tahu puncanya dan kemungkinan ada pihak ketiga dan juga gangguan pihak lain dalam hubungan kekeluargaan mereka.

“Dia tidak maklumkan, kenapa dan mengapa. Ya (pihak ketiga). Ada gangguan pihak lain atau pengaruh dia failkan (cerai),” jelasnya.


Baca Juga
Post Navi

Post a Comment

0 Comments