LEONG JUN HAO TEWAS KEPADA JONATAN CHRISTIE

 LEONG JUN HAO TEWAS KEPADA JONATAN CHRISTIE. Satu perlawanan yang menarik ditonjolkan oleh Jun Hao dalam perlawanan pertama All England 2025. Ia satu lawan yang sukar untuk jun hao lepasi dan dia juga terpaksa akur dengan kehebatan pemain Indonesia itu. Jun Hao kalah dengan keputusan 11-21 dan 19-21.


LEONG JUN HAO TEWAS KEPADA JONATAN CHRISTIE



Di set pertama permainan Jun Hao agak kurang baik dan banyak kesilapan mudah yang dia lakukan sehinggalah dia dihukum dengan mata demi mata oleh lawannya. Ada kala dia cuba bangkit namun selebihnya dia tidak mampu membalas asakan demi asakan daripada Jonatan Christie. Hasilnya dia kalah 11-21.

Bersambung di set kedua, Jun Hao tampil untuk bangkit. Banyak kali membawa perlawanan untuk rely yang agak panjang namun sayang dia tidak mampu untuk mengalahkan lawannya. Walaupun ketinggalan jauh, Jun Hao pamer aksi yang mengagumkan dengan merapatkan jurang dengan jonatan christi. Hasilnya dia kalah tipis dengan keputusan 19-21. 

Dalam perlawanan yang berlangsung selama 41 minit itu menyaksikan leong jun hao terpaksa balik awal dari kejohanan super 1000 All England 2025 ini. Takpa jun hao, teruskan berlatih dan teruskan dapat momentum kembali dan kita doakan dia kembali bernafsu untuk menjuarai kejohanan-kejohanan besar selepas ini.

Baca Juga
Post Navi

إرسال تعليق

0 تعليقات