Telefilem Pajak Raya: Kisah Kepulangan Misteri Nonni dan Naza

Saksikan telefilem menarik Pajak Raya, arahan Haris M. Nor, yang bakal disiarkan pada Isnin, 31 Mac 2025, jam 3:00 petang menerusi Astro Prima, Astro One, dan sooka.


Telefilem Pajak Raya: Kisah Kepulangan Misteri Nonni dan Naza


Maklumat Telefilem:

  • Idea Asal: Myo

  • Penulis Skrip: Amar Amir

  • Pengarah: Haris M. Nor

  • Produksi: Daily Dose Films

  • Pelakon: Nurel Baharin, Erra Fazira, Aya Kamarudin, Nizam Kama, Bobo Rimaz, Zaleha Abd Kadir, Nabil Fiqrie, Fadzil Aziz, Areef Iskandar, Alynn Techen







Sinopsis Pajak Raya

Setelah tiga tahun menghilang, Nonni kembali ke kampung opahnya bersama rakannya, Naza. Namun, kepulangan mereka mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penduduk kampung. Kecurigaan mereka semakin memuncak apabila tersebar desas-desus bahawa Nonni dan Naza mempunyai rancangan yang mencurigakan.


Telefilem Pajak Raya: Kisah Kepulangan Misteri Nonni dan Naza

Sangkaan penduduk ternyata benar! Kehadiran mereka bukan sekadar untuk menziarahi keluarga, tetapi membawa rahsia besar yang bakal mengubah hidup mereka dan penduduk kampung. Apakah niat sebenar mereka? Dapatkah mereka membuktikan kebenaran, atau akhirnya terperangkap dalam permainan sendiri?


Telefilem Pajak Raya: Kisah Kepulangan Misteri Nonni dan Naza


Baca Juga
Post Navi

Post a Comment

0 Comments