Jerebu : Kuasa Tuhan Vs Kuasa Manusia !
Hai,
Jerebu I Pagi hari ini aku tertengok rancangan Assalamualaikum. Ada satu slot mengenai Jerebu yang di sampaikan oleh tetamu jemputan. Aku tak tengok semua,cuma aku tertarik dengan statement yang di keluarkan iaitu :
" Jerebu adalah bencana Alam , adalah kerana Manusia Bukan Kerana Tuhan "
Aku terpanggil untuk berkongsi sikit pendapat aku yang kurang ilmu ini supaya kita sama-sama dapat take note dan ambil cakna mengenai perkara ini. Pertamanya adalah semua yang berlaku adalah ketentuan Allah, bukan kerana Manusia . Manusia hanya lah asbab kepada sesuatu yang berlaku .
Kedua, Kuasa Manusia tidak mampu menandingi kuasa tuhan. Orang Islam kena jaga iktikad dalam hati. Kalau wujud dalam hati bahawa ada kuasa lain lebih hebat dari kuasa Allah. Maka boleh jatuh syirik. Ingat, syirik adalah dosa yang Allah tak ampun !
Ketiga , Jerebu adalah peringatan tuhan kepada manusia. Hari-hari kita sedut udara bersih,tapi kali ini Allah uji dengan beri udara yang kurang bersih. Bukan kerana Allah benci dengan Manusia.tetapi adalah untuk membawa kembali manusia kepada-Nya. Manusia kan selalu lupa. Dalam jerebu ni pun ada yng lupa tuhan.*peringatan tuk aku .
Maka, kesimpulan yang aku mampu buat adalah, kita kena jaga tutur kata kita. takut kerana kata-kata kita boleh jatuh syirik dengan Allah. Dalami ilmu akidah , supaya perlakuan kita lebih terjaga dan di jaga. Sama-sama kita perbetulkan balik apa yang salah.Jangan sebab Jerebu, Kita makin jauh dengan tuhan.
Ilmu ini sekadar perkongsian aku, kalau aku salah , tegur lah aku ya ^^
sekian.
Post a Comment