Header Ads

KELEBIHAN GUNA PLANNER !


KELEBIHAN GUNA PLANNER ! | Assalamualaikum,hari ini , aku nak share sikit kelebihan menggunakan planner .sebelum ni , aku memang ada masalah guna planner sebabnya aku tak tahu macam mana nak guna, last-last jadi la buku nota ,bawa gi kuliah dan sebagainya. jadi , fungsi sebenar untuk kita memiliki planner telah lari jauh sebab dia dah jadi buku nota. Sekarang bila dah tahu fungsi Planner , jom aku kongsikan seperti di bawah .

KELEBIHAN GUNA PLANNER !
ehsan google.

secara umumnya, planner ni dia terbahagi kepada 2, iaitu bahagian calender dan bahagian catatan .
bahagian calender tu kita tgk macam kecik,tak muat nak letakkan semua plan kita dalam satu hari . mana tak nya, kita nak sumbat, " hantar anak " " pergi kerja " " amik gaji " " cuci pinggan " "makan" dan bnyak lagi. jadi macam mana nak settle kan masalah ni ?

senang je,

benda yang rutin harian, jangan letak dalam kotak .
contohnya , " nak hantar anak " " pergi kerja " tu semua adalah rutin harian korang . so, tak yah la masukkan dalam calender tu .

Apa yang perlu masuk ?

Benda yang bukan rutin, contoh " meeting kul 2 " " bayar sewa rumah " mengikut kehendak dan keperluan korang .

paham tak ?

nak cara mudah, korang tulis dulu , apa yang korang nak buat dalam satu hari dan kemudian buang mana-mana aktiviti yang bersifat seperti rutin harian. dan masukkan kedalam kotak2 yg dalam kalender itu.

orait.

keduanya mengenai ruangan catatan , bagi aku ruang ni flexible. terpulang kepada kita  nak tulis apa. nasihat aku. jangan la tulis benda yg kita belajar dkt kuliah dalam planner. sbb kadang2 kita stress dgn buku lecture, biar kita buka planner kita dan kita akan tersenyum gembira. tak la serabut sgt.

KELEBIHAN GUNA PLANNER !
ehsan google

ada juga yg buat 4 kotak besar

1. Penting ,Segera
2. Tak Penting ,Segera
3.Penting ,Tak Segera
4. Tak Penting ,Segera .

aku rasa aku dah pernah terangkan dlm entri aku sebelum-sebelum ni. tak ingat lak entri tajuk apa. hehehe . dia lebih kurang macam, kita susun aktiviti kita mengikut keutamaan dia. yang mana nak segera dan sebagainya. aku cadangkan utk student supaya ada satu planner. baru hidup ini tersusun sikit. hehe jangan la , ada je planner, tapi dok simpan dalam almari lak.. hehe

Aku harap Entri KELEBIHAN GUNA PLANNER ! dapat membantu kita menyusun kembali gerak kerja dan juga apa sahaja tugasan kita dengan lebih effisyen dan dengan lebih baik. Jadikan Planner sebagai rakan karib anda untuk berjaya .

sekian. selamat mencuba :)

Entri 6 ogos 2015 di update semula pada 13 november 2016

3 comments

ayuzan said...

akak guna. especially nak alert bab anak g klinik

atie adnan said...

huu~ ni tahun pertama saya guna planner.. tak tau nak buh ape.. kang plan lan tak jadik kena la si liquid paper kan.. da comot.. hee~ thanx untuk info tau.. dapat gak ilmu nak isi planner tu..

kimchaa said...

baru tahun nih start guna planner. itu pun jarang jarang

Powered by Blogger.