Header Ads

KEPENTINGAN BERSENAM : MALAS NAK BERSENAM ! INI AKIBATNYA !

TIPS KESIHATAN I Gaya hidup sihat merupakan slogan yang sering di war-warkan dekat kita . Dari zaman sekolah sampai lah dah beranak pinak. tetapi berapa ramai yang masih belum melakukan gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka ? berapa ramai yang masih merokok , makan junk food dan sebagaiya ? adakah kempen gaya hidup sihat yang di anjurkan masih relevan dan perlu diteruskan ?

Negara kita juga tersenarai dalam negara-negara yang mempunyai rakyat yang obesiti ( kegemukkan ) paling banyak dalam negara-negara di dunia. memang tidak di nafikan ada usaha-usaha dari kementrian mahupun persendirian untuk mengembalikan rakyat malaysia kearah gaya hidup sihat, namun sejauh mana rakyat malaysia memahami dan mempraktikkannya .
kepentingan bersenam

Malas bersenam menyebabkankita gemuk ! selalu dengar orang cakap macam tu. tetapi ada betulnya, kalau badan kita ini asyik di gunakan untuk makan dan makan sahaja, bila masa dia nak membuang segala toksit hasil dari pemakanan kita .

Dengan bersenam ia dapat mengurangkan risiko dari kita terkena penyakit-penyakit seperti obesiti dan sebagainya. Jadi seeloknya kita bersenam sehari sekali atau pun seminggu sekali. jangan biarkan diri kita duduk dalam keadaan yang merbahaya. jangan buarkan badan kita menternak lemak yang banyak sehinggakan menyukarkan kita bergerak nanti.

Selain itu , menggayakan pemakanan sihat juga penting. kurangkan makanan manis. banyakkan minum air.supaya kita dapat mengelak dari penyakit-penyakit seperti Diabetes dan sebagainya. Pendek kata kalau nak hidup lama, usahakan untuk menjaga kesihatan, kalau tidak, makin lama, makin banyak penyakit yang kita peroleh.

kurangkan makanan berlemak,jika tidak kita akan mudah untuk mendapat artherosclerosis iaitu pnggumpalan lemak dalam salur darah. akibat dia boleh menyebabkan kematian jika ia berlaku di tempat-tempat kritikal seperti  di jantung .

Aanda nampak tak ? kepentingan kita mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan. semoga pesanan ini mampu membuka minda kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat. aku pun baru nak start sebenarnya. hehehe tu yang aku kongsikan dengan korang. sama-sama kita sihat, sama-sama kita kurus!

waahhh.. heheh

sekian.


1 comment

Dkna Abza said...

nak tips macam mana nak gemuk secara sihat.. hihii

Powered by Blogger.