Header Ads

RUU 355 | 4 PERSOALAN DAN 4 JAWAPAN UNTUK KITA FAHAM !

RUU 355 | 4 PERSOALAN DAN 4 JAWAPAN UNTUK KITA FAHAM !


RUU 355 I Lanjutan dari Pembentangan Pindaan Akta Mahkamah Syariah ( Bidang Kusa Jenayah ) 1969 atau ruu 355 yang di bentangkan baru-baru ini oleh Tuan Guru Haji Hadi di Parlimen ,Aku lihat ramai yang kecundang dalam memahami fakta di sebalik Pindaan Akta 355 ini. Lebih menyedihkan ada segelintir ummat Islam sendiri menghina pindaan Akta 355 ini dengan alasan Politik.

Sekarang sudah tiba masanya untuk kita faham apa itu ruu 355 dan Kenapa ia perlu di pinda ? . Sebelum baca ,kornag lapangkan minda dan buang sekejap semangat parti politik yang ada dalam diri korang sebalik hanya fokus kepada penerangan yang aku nak kongsikan ini .

APA ITU RUU 355 ?


Hukuman yang paling tinggi yang boleh di kenakan kepada persalah zina, khalwat dan bersedudukan adalah hukuman penjara 3 tahun atau Denda Rm 5000 atau juga sebatan sebanyak 6 sebatan atau mana-mana kombinasi bagi hukuman tersebut .

Akta Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah ) 1965 telah menghadkan hukuman bagi persalah tersebut hanyalah terhad kepada 3 hukuman itu sahaja . Jadi RUU 355 adalah pindaan kepada Akta sedia ada dalam bidang kuasa mahkawah Syariah .



Kenapa Kena Pinda RUU 355 ?


Jika ada kerajaan negeri dari mana-mana negeri ingin menjatuhkan hukuman bagi pesalah tersebut dengan nilai yang lebih tinggi, maka hukuman tersebut terbatal jika kita tidak meminda akta 355. Pindaan akta 355 juga perlu mendapat persetujuan Ahli Parlimen. oleh sebab itu, Akta 355 ini perlu di pinda dan di bentangkan di parlimen .

Keperluan Pinda RUU 355 ?


Ramai pemimpin yang mengatakan masih terlalu awal untuk di laksanakan hukuman hudud di negara kita ini . Namun , kena ingat masalah sosial dalam negara meningkat saban hari. pelbagai statistik yang di keluarkan oleh jabatan kerajaan tetapi statistik itu makin hari makin bertambah sama ada  kes khalwat, buang bayi dan gejala sosial yang lain .

Pindaan Akta 355 ini penting bagi memberi kuasa kepada Jabatan Agama dan Mahkahmah syariah setiap negeri untuk meningkatkan kadar hukuman kepada pesalah khalwat, zina dan bersedudukan. Ia tidak lain untuk menambahkan kegerunan masyarakat terhadap hukuman tersebut seterusnya menjauhkan diri dari perkara-perkara maksiat tersebut .

Perlu ke Non-Muslim Takut dengan Pindaan RUU 355 ?


Jawapan aku, tidak perlu taku. kerana Akta mahkamah syariah hanya berkuatkuasa kepada orang Islam sahaja. Malah Orang bukan Islam masih terikat dengan mahkamah sivil seperti sedia kala. jangan risau dan jangan takut. Islam bukanlah agama yang menindas seperti yang di war-warkan oleh sesetengah pihak . Islam agam rahmat kepada setiap makhluk .

Aku rasa, korang faham apa yang aku ingin sampaikan mengenai fakta Akta 355 yang dibentangkan oleh Tuan Guru Haji Hadi baru-baru ini . Bagi ummat Islam , rujuklah alim ulama untuk mendapatkan gambaran mengenai apa yang di bawa oleh Pas terhadap pindaan akta 355 ini. Buang jauh-jauh sifat politik yang tidak matang dalam diri. semoga politik itu menjadi rahmat kepada kita semua.

Analogi mudah, baru-baru ini ada akta yang ingin di pinda mengenai penderaan Haiwan. Bagi mengelak dari gejala tersebut berlarutan akta baru telah di nyatakan dnegan hukuman bagi pesalah di pertingkatkan dari denda RM 200 ke RM 50 ribu. jadi kalau binatang kita nak selamatkan, apa salahnya kita pinda akta 355 untuk selamat Manusia . Cuba fikir-fikir kan.

sekian .

 Rujukan :
1. https://www.facebook.com/pindaakta355/posts/1606075066334446


No comments

Powered by Blogger.