Header Ads

BOSAN DENGAN LAWAK !

BOSAN DENGAN LAWAK HAMBAR !  |  Zaman sekarang , semua perkara perlu ada unsur funny atau unsur lawak . kadang-kadang isunya begitu berat untuk di sampaikan , juga menjadi bahan lawak bagi sesetengah pihak . Hal nyawa, hidup dan mati menjadi bahan lawak bagi sesetengah orang . Perkara yang sepatutnya serius di jadikan bahan lawak,apabila di tegur melenting pula .itulah manusia . Aku bukan nak cakap apalah, aku hanya nak kongsikan pendapat aku mengenai lawak dan isinya.

Satu ketika dahulu, kita pernah mendengar dan menonton lawak-lawak jenaka yang dibawa oleh seniman tanah air iaitu Tan Sri P. Ramlee. Beliau mempunyai satu bakat yang mana hasil karyanya tidak pernah muak dan tidak pernah di telan zaman. Sehingga sekarang karyanya menjadi sebutan ramai . Lawaknya yang bersahaja dan menyampaikan mesej kepada masyarakat melalui lawaknya menjadikan masyarakat ketika itu terdidik dengan perkara baik. Selain Tan Sri P ramlee nama lain yang seangkatan dengannya seperti Aziz Satar, Sudin, Ar. tompel dan ramai lagi artis yang bersama memeriahkan perfileman tana air satu ketika dahulu .

Tetapi sekarang ini, pelawak atau lawak itu sendiri sudah hilang seninya. Sekarang ini, ramai yang gelak ketawa hanya kerana orang lain ketawa. Ada ketika lawak yang di buat tidak menjaga sensitiviti orang lain. adakala kita rasa pelawak atau orang yang membuat lawak ini tidak membuat homework sebelum menyampaikan lawak di tv ataupun radio. ada ketika aku perasan,lawak yang sama berulang-ulang . Jarang nampak atau dengan lawak yang berilmiah. bukan salah mereka yang membuat lawak tetapi sudah menjadi trend rakyat kita yang suka benda yang light dan simple untuk dihadamkan.


lawak hambar, lawak tak jadi


Benda berat selalu di tolak ke tepi .Lawak yang berat untuk di hadam sudah pasti tidak menjadi faveret kepada masyarakat walaupun lawak-lawak seperti itu lebih baik dari lawak-lawak kosong dan lawak hambar . Kadang-kadang jemu juga mendengar radio dan menonton televisyen yang di penuhi dengan rancangan lawak.Aku tak nafi walaupun aku suka tengok cerita lawak untuk mengurangkan stress dan sebagainya tetapi bila terlalu banyak rancangan lawak yang di tonton, tiba-tiba rasa bosan dan menyampah.

Aku tahu, bukan mudah nak melawak dan aku akui benda tu. tiba-tiba kau buat lawak dan ornag tak gelak itu satu bencan bagi orang yang melawak. Aku harap lepas ini, stesen radio dan tv perlu kurangkan rancangan lawak .Elakkan dari rancangan yang gelak banyak dari lawak yang di buat. kadang-kadang menyampah juga bila lawak tak jadi,tetapi gelak bedekah-dekah. tak tahu nak cover lawak tak jadi atau sekdar memaksa emosi pendengar untuk gelak sama.


lawak hambar, lawak tak jadi


Banyakkan rancangan ilmiah . Ada ja rancangan lawak tapi ilmiah, macam rancangan Harith Iskander di Astro Awani . Ada juga rancanga ilmiah tetapi lawak, contohnya ceramah-ceramah ustaz yang mampu melawak seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Abdullah Khairi dan lain-lain .rakyat malaysia pula perlu sedar bukan semua perkara boleh melawak dan di lawakkan. Ini bukan teguran, ini hanya pendapat peribadi aku. aku suka tengok rancangan lawak tetapi kalau dah semua channel nak melawak. rasa macam kureng sikitlah . apa pula pendapat korang mengenai lawak-lawak di Malaysia sekarang ini ? ke aku sorang jer rasa macam aku tulis ni. Komen ya .

Sekian .

1 comment

At-Tarmizi said...

hmm..susah nak buat lawak ni =)

Powered by Blogger.