Header Ads

FOOD MEGA FESTIVAL PENANG 2016 !

FOOD MEGA FESTIVAL PENANG 2016 !  |  Hari ini, tanpa di rancang aku dan family aku melangkah ke Food Mega Festival Penang yang berlangsung di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang . Memang tak plan pun, aku pun baru tau nama ekspo yang aku singgah tu Food Mega Festival bila aku tengah jalan-jalan dekat sana . untuk pengetahuan korang Food Mega Festival ini berlangsung dari 14 september 2016 hingga 18 september 2016 .


FOOD MEGA FESTIVAL PENANG 2016 !


Jadi, maksudnya ketika korang baca entri ini kemungkinan Ekspo ini sudah habis. Tapi kalau di masa hadapan masih di laksanakan Food Mega Festival ini, aku harap kornag pergi dan jalan-jalan dekat dalam Tapak Ekspo tu tau . Antara keunikkan yang ada di sini adalah Pameran dan juga jualan gerai-gerai . Secara kasar, tapak ekspo ini di bahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian makanan dan juga pertanian .

Bahagian pertama yang aku masuk tadi adalah bahagian pertanian. Ada pelbagai produk tempatan yang di jual di sana dan antaranya adalah keropk,minuman,, kordeal ,pokok-pokok bunga dan juga buah . Bagi yang gemar bekebun sudut ini memang sesuai untuk anda terokai . Ada pelbagai jenis pokok di jual di sini. dan ada juga menjual hasil pertanian yang sudah di prosese macam keropok, makanan sejuk beku dan lain-lain.

Bahagian kedua pula adalah Bahagian Makanan atau lebih khusus Food Mega Festival berlangsung di sana. Lebih dari 50 gerai di buka di sana, dari gerai bawah kemah sehinggalah ke food truck juga di buka. Makanan seperti laksa, laksa telur sarang , pasembur , air gelas besar dan macam-macam lagi gerai di sediakan untuk anda. korang hanya perlu bawa duit ja.Pau Cendawan yang viral masa bulan puasa hari tu pun ada. tapi aku tak beli lah. hehe


FOOD MEGA FESTIVAL PENANG 2016 !


Pendek kata, banyak yang di jual di sini. Dan setakat apa yang aku lihat, ramai gila orang yang berkunjung di sini . parkin juga mudah dan terdapat ruang yang luas untuk letakkan kenderaan anda. Tapi aku minta maaf sebab tak maklumkan awal, memandangkan tarikh Food Mega Festival ini tamat 18 september, jadi mungkin kornag tak berkesempatan pergi ke sana. maaf sekali lagi.


FOOD MEGA FESTIVAL PENANG 2016 !


Mungkin info Mengenai Thai Food Festival yang akan berlangsung pada 24 september ini dapat mengubat duka lara korang yang tak dapat pergi Food Mega Festival. Korang boleh pergi ke lokasi yang sama iaitu Tapak Ekspo Seberang Perai,Pulau Pinang .nanti korang share lah gambar dengan aku kalau korang pi. hehe baik, itu sahaja untuk kali ini. '

Sekian.

No comments

Powered by Blogger.