Header Ads

PENGALAMAN ZIARAH MAKAM DI MESIR PART 2 !

PENGALAMAN ZIARAH MAKAM DI MESIR PART 2 ! | Assalamualaikum , alhamdulillah Allah bagi kesempatan utk kita hidup dan memberi peluang  utk aku menyambung kembali ziarah makam part 2 .Entri ini aku tulis pada 18 Febuari 2014 . Sebelum ini mesti korang dah baca mengenai pengalaman ziarah makam di mesir part1 . jadi aku nak sambung cerita mengenai baki makam yang aku ziarah di mesir . Kalau korang free, nanti ziarah lah mesir. letakkan mesir sebagai destinasi travel anda .  Pengalaman Ziarah Makam di Mesir part 2 bermula .

Setelah menziarahi makam imam asy-syafie , kami bergeraak ke makam seterusnya iaitu makam imam allayth yang terletak berhampiran dengan makam imam asy-syafie . imam allayth ni merupakan imam se zaman dengan  imam asy-syafie dan merupakan anak murid kepada imam malik .sebelum masuk ke dalam kawasan makam. kami di beri tahu mngenai amalan ketika menziarahi makam iaitu membaca al-fatihah sekali dan 11 kali surah al-ikhlas(qulhu waallahuahad) .
*tp nak baca apa2 pun tk da masalah, asalkan tak melanggar syariat .

terdapat juga makam anak beliau di situ .tapi aku tk dpt lak kisah di sebalik kisah anak imam allayth ini.


PENGALAMAN ZIARAH MAKAM DI MESIR PART 2 !

selepas itu kami pergi ke makam ibnu sirin atau lebih di kenali sebagai muhammad bin sirin . untuk pengetahuan korang ibnu sirin di lahirkan pada zaman khalifah uthman bin affan . tambahan pula di beritahu oleh syeikh yg menjaga makam ini, bahawa sirin itu bukan merujuk kepada nama bapa beliau tp merujuk kepada nama bonda beliau. aku tk ingt nama bapa ibnu sirin..nnt aku update smula..tp memang nama lain .

selepas itu, kami menziarahi makam saida nafisah. *mesti korang pernah dengar nama ni kan..kalau yang tgk movie 7 petala cinta ada satu watak yang bernama saida nafisah ni ..

Siapakah Saiyida Nafisah ?

berbalik kpada sejarah asal saida nafisah ini, siapa saida nafisah ini ?? saida nafisah adalah merupakan keturunan Baginda Rasulullah SAW . beliau merupakan cicit kepada saidina ali dan siti fatimah . di sebalik nama hebat ini terdapat kisah yang menarik utk di ketahui . yang di ceritakan oleh ustaz iqbal , ketika saida nafisah hendak meninggal dunia. ketika itu beliau sedang berpuasa.

maka,orang2 lain menyuruh beliau membuka puasa .tp apa kata beliau . " mana mungkin aku membuka puasa di kala aku telah berjanji dgn ALLAH yang aku akan mati dlm keadaan berpuasa " . subhanaallah, para alim dan ulama kita apabila diorang begitu dekat dengan ALLAH..sehinggakan diorang boleh rasa ajal mereka sudah hampir.

begitu ramai dalam kawsan makam. makam terhias cantik seumpama tempat bersemadi seorang puteri. di tambah pula dengan bau wangian yang wangi. maqam ahli bayt rasulullah S.A.W. di jaga dengan rapi. ada kisah yg menarik lagi, di masjid saida nafisah ini juga ada kisah yang agak menarik.turut di ceritakan oleh ustaz iqbal yang mana masjid saida nafisa ini tidak lekang dari solat jenazah. boleh di katakan ada sahaja jenazah yang akan di solatkan di situ pada setiap waktu solat.

masa kami pergi pun, ada 2 jenazah yg di solatkan di sana selepas solat asar. dan jemaahnya juga ramai di situ. setelah selesai, kami pun keluar dari masjid dan menuju ke tremco. maka ber akhirlah sudah ziarah makam ini.

kami pulang ke mansoura pada petang itu juga, dan sampai dalam kul 8 atau 9 malam lebih kurang macam tu laa..sorry sbb tk tgk jam..hikhikhik..

semoga kisah2 yang di ceritakan dapat manafaat kepada pembaca ^_^

jumpa lagi..

sekian, xoxo :P

Aku harap kita sebagai ummat islam tidak lupa para alim ulama di mana mereka berada sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia . Sungguh, aku teringat pesan Rasulullah yang mana baginda bersabda " Ulama adalah waris Para Rasul " . Semoga sedikit usaha kita untuk kenal dan menyayangi ulama dapat menimbulkan rasa cinta kepada ulama . moga kita peroleh syarfaat mereka . Di harap pengalaman ziarah makam di mesir ini bermanfaat untuk kita semua . jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan lain .

Entri 18 Febuari 2014 diupdate semula pada 5 september 2016 .


No comments

Powered by Blogger.