Header Ads

TIPS PERCUTIAN KE PULAU PINANG !

TIPS PERCUTIAN KE PULAU PINANG ! | Memasuki musim cuti sekolah setiap tahun, pasti ramai di antara kita yang mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan memilih lokasi menarik untuk bercuti.Sudah pasti sejak cuti sekolah bermula, Pulau Pinang sudah sesak dengan kenderaan luar yang menggambarkan bahawa orang luar datang ke Pulau Pinang untuk bercuti dan melakukan pelbagai aktiviti di sini. Jom aku kongsikan beberapa TIPS PERCUTIAN KE PULAU PINANG !


TIPS PERCUTIAN KE PULAU PINANG !


TIPS PERCUTIAN KE PULAU PINANG !

1. Tempah Tiket flight atau tempat penginapan awal beberapa minggu .

**untuk mengelakkan dari ketiadaan tempat tinggal.

2. Elakkan keluar pada petang hari ketika hari bekerja di Pulau Pinang.

** korang akan hilang mood untuk bercuti bila kena menghadap jem.

3. Kalau anda berkenderaan, sila bagi signal sebelum masuk simpang dan bila perlu .

4. Bawa payung sebab selalunya musim cuti di pulau pinang selalu hujan. bawa sebagai langkah berjaga-jaga.

5. Enjoy bercuti di Pulau Pinang . kalau tak sempat pusing satu pulau, next time mai lah lagi.

Untuk pengetahuan korang, Pulau Pinang terkenal dengan Syurga makanan sejak dari dahulu lagi. Pulau Pinang amat berbeza dengan negeri-negeri lain dalam bab menyediakan makanan. Aku pernah pergi ke negeri-negeri lain dan aku mengalami masalah mencari kedai makan di sana. tetapi kalau korang ke negeri Pulau Pinang, banyak kedai-kedai makan di buka untuk anda.

Beberapa maklumat lain berkaitan dengan Negeri Pulau Pinang, korang boleh rujuk link di bawah ya.

1. 4 Tempat Menarik yang Wajib di Lawati di Negeri Pulau Pinang ketika Cuti Sekolah.

2. Restoran Nasi Kandar Paling Sedap untuk Sarapan Pagi di Negeri Pulau Pinang

3. Pemandangan Cantik ke Jeti Pulau Aman .

4. Pesta Pulau Pinang 2016 Bermula .


Semoga dengan TIPS PERCUTIAN KE PULAU PINANG !, dapat membantu korang mendapatkan maklumat berkaitan negeri Pulau Pinang sepeti yang korang mahukan. Silakan share dan tag kawan-kawan korang di media Sosial. Pakat mai sini ... Pulau Pinang menanti. ehh ternyanyi lak.. :P

Sekian.


No comments

Powered by Blogger.