Header Ads

PANDUAN ADSENSE UNTUK BLOGGER !

cara buat adsense di blog

PANDUAN ADSENSE UNTUK BLOGGER ! 

Alhamdulillah, hari ini di beri kekuatan untuk aku tulis sedikit panduan adsense untuk rakan-rakan blogger. Mungkin tips ini pernah aku kongsikan di blog tips blogger. tapi kurang mendapat sambutan, jadi aku harap ilmu ini mampu di praktikkan untuk kita semua.

Pertama sekali, apa yang aku kongsikan ini adalah dari sumber bacaan aku dan juga pengalaman menggunakan adsense . Mungkin cara aku berbeza dengan cara kalian. kalau rasa boleh guna untuk blog korang , maka gunalah.

ADSENSE UNTUK BLOG ?


Kalau untuk anda yang baru pertama kali berkenalan dengan adsense. ini sedikit pengenalan mengenai adsense untuk blog . Adsense merupakan antara pengiklanan yang menjadi kegemaran blogger-blogger malaysia sejak ia di buka kepada blog bahasa melayu.  Sebelum ini adsense hanya di buka kepada blog bahasa inggeris sahaja.


PANDUAN ADSENSE UNTUK BLOGGER ! 


Adsense menggunakan beberapa ruang di blog kita untuk mempromosikan iklan mereka. dan setiap dari klik dan juga traffic yang terjah blog kita akan di bayar mengikut pengiklanan yang beriklan di blog kita.

Cara daftar adsense ?


Cara untuk daftar adsense sangat mudah. Anda hanya perlukan account google adsense dan anda boleh memohon kepada mereka. Rujuk pautan ini .

Kenapa mohon adsense tapi tak dapat ?


Antara kemungkinan kita tak di approve adalah kerana artikel kita tidak cukup.Kedua , artikel atau blog kita tiada dalam carian google . Mungkin sumber traffic kita bukan dari google. semakin banyak traffic blog datang dari google semakin elok adsense korang. ketiga kerana blog belum matang dari segi jangka masa hayat blog tersebut.

Macam mana nak bagi permohonan adsense di luluskan ?


Pertama , kalau tak silap, korang akan di beritahu kenapa blog korang tidak layak untuk diluluskan. jadi atasi masalah yang di senaraikan dan kemudian mohon kembali. kadang-kadang kita nampak macam kita dah buat okay tapi hakikatnya tak.

Hantar banyak kali. jangan hantar selang sehari ya. mungkin sebulan sekali atau 3 bulan sekali .

Tips Adsense

" Bigger is better " . ayat yang sering di guna pakai oleh blogger-blogger luar negara apabila mereka menghuraikan mengenai saiz ads untuk adsense. korang cubalah di laman web atau blog korang. insyaallah di permudahkan urusan.

Panduan adsense ringkas ini adalah sebagai permulaan kepada anda yang baru nak jana pendapatan dengan adsense. Banyak panduan korang boleh dapat berkaitan adsense dari Pautan ini . Aku sendiri belajar dari situ.

PANDUAN ADSENSE REVIVE ! [ KLIK ]

Aku harap entri Panduan Adsense ini mampu membantu kita semua menjana pendapatan sampingan dengan adsense. mesti ramai yang tertanya, kenapa aku baik sangat kongsikan tips ini sedangkan aku boleh ja rahsiakan dengan korang semua. sorry itu bukan diri aku. kalau boleh aku nak kita sama-sama berjaya. aku mula dengan bodoh , sekarang baru aku tahu sedikit dan aku kongsikan dengan korang. Terima Kasih. :)

No comments

Powered by Blogger.