Header Ads

KELEBIHAN HARI RABU DALAM ISLAM

Kelebihan Hari Rabu Dalam Islam.

Dari Anas bin Malik r.a. ia berkata bahawa Rasullullah telah ditanya mengenai hari Rabu. Maka Baginda menjawab, " Hari Rabu adalah Hari Bencana yang terus menerus". Para Sahabat bertanya, " Mengapa demikian Ya Rasulullah ?" Lalu Baginda menjawab, " Kerana pada hari itu Allah telah menenggelamkan ( menghancurkan) Fir'aun dan kaumnya, memusnahkah kaum Aad dan kaum Tsamud, yaa'ni kaum Nabi Allah Saleh r.a. yang engkar terhadap kerasulan dan kenabiannya.
Mengikut pendapat sesetengah Ulamak, maka barang siapa yang hendak sembuh dari penyakit, hendaklah ia mengamalkan meminum ubat pada Hari Rabu.

KELEBIHAN HARI RABU DALAM ISLAM
KELEBIHAN HARI RABU DALAM ISLAM

Perkara-perkara Yang Berlaku Pada Hari Rabu:

1.Auj bin Unuq dibinasakan dengan Burung Hud Hud.
2. Allah s.w.t. menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan kekayaannya ke dalam perut bumi.
3. Fir'aun dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam Sungai Nil.
4. Allah s.w.t. menghancurkan Raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga kedalam telinganya. .
5. Allah s.w.t menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
6. Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Jibrail a.s.
7. Allah s.w.t. menghancurkan kaum Nabi Hud a.s. dengan menghembuskan angin yang kuat.

Zikir Hari Rabu Yang Boleh Diamalkan:

Astaghfirullah Hil Azim.
Zukir ini boleh di amalkan semasa menunggang motorsikal, memandu kereta, menunggu bas, sedang berjalan atau semasa rehat atau sebagainya.

Doa Hari Rabu:



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Ya Allah, sampaikanlah selawat dan salam kepada Rasulullah dan Keluarganya.
Segala Puji bagi Allah, yang menjadikan malam sebagai pakaian, tidur sebagai peristirihatan dan siang sebagai saat bertebaran.
Segala puji bagi Mu, Kau bangkitkan aku dari tidurku. Kalau Kau kehendaki, Kau jadikan tidurku tidur yang abadi.
Ya Allah bagi Mu segala puji, di atas singahsana Mu Kau bertakhta, di atas Kerajaan Mu Kau berkuasa.
Kusampaikan pada Mu doa orang yang lemah tenaganya, yang putus kekuatannya, yang dekat ajalnya, yang mendunia hasratnya, yang berat keperluannya akan rahmat Mu, yang besar deritanya kerana doasa-dosanya, yang banyak jatuh dan gelincirnya,
Hanya pada Mu sahaja permohonan taubatnya.
Sampaikanlah salam dan selawat kepada Nabi Muhamad s.a.w. Keluarga dan Sahabat-sahabat Baginda.
Curahkanlah pada ku safaat Nabi Muhamad s.a.w. dan janganlah Kau jauhkan persahabatan antara kami.
Ya Allah, Engkaulah yang Terkasih dari segala yang Mengasihi.

Ya Allah, Tetapkanlah bagi ku pada hari Rabu:
Jadikanlah kekuatanku untuk taat kepada Mu,
Kerajinan ku untuk beribadah kepada Mu,
Keinginan ku untuk mendapatkan ganjaran Mu dan Jauhkanlah aku dari kepedihan seksa Neraka dan seksa Kubur Mu Ya Allah.
Sesungguhnya Engkaulah pemberi kurnia kepada orang yang Engkau kehendaki.

Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin s.a. salah seorang cucu Nabi Muhamad s.a.w.
( Rujuk Kitab Mafatihul Jinan - kunci kunci syurga, bab 1 pasal 3).
Wallahu 'alam.

Sumber : https://www.facebook.com/ideaunggulfanpage/posts/692804757460462

No comments

Powered by Blogger.