Header Ads

Kami Buru Kejuaraan Piala Malaysia Pula - Jurulatih JDT

Belum reda sambutan kemenangan liga super kali ke 9 berturut-turut, kini JDT juara liga super telah mengalihkan target mereka ke saingan piala malaysia 2022 pula. Menurut jurulatih JDT, Hector Bidoglio dia berkata kini JDT memburu kejuaraan piala malaysia pula.

Kami Buru Kejuaraan Piala Malaysia Pula - Jurulatih JDT

Bidoglio berkata; "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemain atas usaha dan komitmen mereka sepanjang musim ini dan juga kepada kakitangan yang banyak memudahkan tugas saya sebagai jurulatih.


Kami Buru Kejuaraan Piala Malaysia Pula - Jurulatih JDT



"Corak permainan JDT yang menerapkan formasi 4-4-3 atau 3-5-2 menyamai corak permainan yang biasa saya pratikkan sebelum ini. Oleh itu saya lebih cepat dan mudah mengadaptasi keadaan dengan pemain ketika mengadakan sesi latihan.


"Semua kelab dan pasukan adalah berbeza tetapi JDT adalah sebuah pasukan yang mempunyai cita-cita yang besar dan saya gembira di sini untuk memenangi piala dan mencipta sejarah bersama-sama," katanya.


"Nampaknya kami tidak dapat menggunakan khidmat Shane sehingga tamat musim ini kerana kecederaan di bahagian siku kirinya belum pulih dan dia tidak dapat beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini.


"Bergson merupakan penyerang yang serba lengkap, dia bukan sahaja mampu menjaringkan gol tapi kerap membantu mencipta peluang gol buat pasukan.


"Ia pencapaian luar biasa, dan saya bangga apa yang dilakukan Bergson dan berharap sentuhan berbisanya berterusan pada saingan Piala Malaysia kerana kami mahu memburu kejuaraan itu pula," kata Bidoglio.

No comments

Powered by Blogger.