TOM GV9 PENGSAN SELEPAS KONSERT MINGGU 4
Aduh, kenapa pula ni? Ahad Lalu, berita mengenai tom gv9 pengsan di sebuah restoran mamak selepas tamat konsert keempat. Tom kata dia tak sedar bagaimana perkara tersebut berlaku dan ketika itu dia dibantu oleh sepupu dan orang sekeliling yang berada di kedai makan tersebut.
Risau pula bila dengar berita-berita macam ini. Kita harap sangat para peserta dapat menjaga kesihatan dengan baik tau.
TOM GV9 PENGSAN SELEPAS KONSERT MINGGU 4
Ditanya oleh gempak.com, Tom berkata;
"Sebenarnya saya sudah mula rasa tidak sedap badan ketika berada di sidang media selepas konsert berakhir tetapi tidak sangka sehingga pitam.
"Ketika di sidang media, saya maklumkan kepada iaitu Abang Aalan yang saya rasa tidak sihat dan dia mencadangkan untuk keluar ke restoran untuk makan di sana.
"Sedang elok duduk di kedai mamak, tiba-tiba pandangan gelap, tahu-tahu sepupu saya dan rakan-rakan sedang angkat dan membaringkan saya di atas kerusi. Mereka kata saya tiba-tiba rebah ke bawah meja tapi saya tak ingat langsung.
"Syukurlah tak apa-apa. Ramai yang membantu ketika itu, ada yang memberi minyak angin dan mengurut saya, ada yang tolong mengipas saya, ada yang katanya berlari ke kedai mencari tampalan koyok tetapi malangnya kedai dah tutup.
"Malah Bob yang turut ada di restoran yang sama turut memberikan saya gula-gula kerana katanya mungkin gula saya rendah ketika itu," ujarnya.
"Tak tahu apa punca saya pitam, mungkin sebab terlalu penat. Mereka mencadangkan untuk ke hospital tapi saya tak mahu kerana rasa sudah okey selepas muntah dan hari ini saya hanya berehat di rumah.
"Mungkin juga badan masuk angin sahaja, maklumlah lewat makan," tambahnya.
Post a Comment