Hukum Pakai Eye Mo Ketika Puasa
Hai semua. Dah masuk bulan puasa ini. ramai yang tertanya-tanya mengenai beberapa hukum hakam ketika bulan puasa.
Baru-baru ini aku terdengar mengenai satu persoalan yang perlu dijawab iaitu
" Ustaz, sah tak puasa kalau pakai Eye Mo"
Apa itu Eye Mo?
Eye Mo adalah ubat titisan mata yang digunakan untuk mengurangkan kegatalan dan kerengsaan pada mata. Namun, penggunaan ubat titis mata seperti Eye Mo semasa berpuasa perlu dilakukan dengan berhati-hati.
Sebaiknya dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat tentang penggunaan ubat ini semasa berpuasa.
Jawapan Ustaz
Mengikut fatwa mufti wilayah persekutuan, adalah tidak membatalkan puasa jika kita menggunakan eye mo.
Sebabnya
Mata bukanlah ruang yang terbuka. Sama juga dengan pemakain celak tidaklah membatalkan puasa mengikut fawa syeikh Al Syarbasi.
sebab kedua adalah ia tidak mengenyangkan dan tidak menghilangkan dahaga kita.
Sebaliknya ia adalah keperluan untuk kesihaan kita.
Jadi boleh tak pakai eye mo ketika puasa?
JAWAPANNYA : BOLEH!
Post a Comment