Ruhainies Minta Maaf dan akan jelaskan segala-galanya
Dalam satu posting story instagram, pelakon Ruhainies berkata dia meminta maaf atas apa yang berlaku dan akan membuat penjelasan mengenai perkara tersebut.
Pelakon itu ditangkap khalwat dengan Aliff Aziz semalam dan sedikit sebanyak menimbulkan banyak spekulasi terhadap mereka berdua.
Ruhainies berkata ; "Saya ingin memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi," kata
"Bagi menjawab segala spekulasi atas apa yang sedang diperkatakan di semua platform media sosial, saya dengan rendah diri ingin nyatakan di sini, ada beberapa kenyataan yang kurang tepat tersebar.
"Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberikan kenyataan bagi mengelakkan daripada kekeliruan dan salah faham," tulisnya.
Sementara itu, Aliff turut membuat permohonan maaf menerusi instagram miliknya dan dia juga akan menjelaskan apa yang berlaku tidak lama lagi.
Post a Comment