Musim Durian Pulau Pinang 2024 Sudah Bermula
Musim Durian Pulau Pinang 2024 KEMBALI! Musim Raja Buah, Durian sentiasa mendapat tempat di dalam hati penggemarnya. Begitu juga dengan penduduk di negeri Pulau Pinang.
Setiap tahun, aku kongsikan pasal raja buah ni kan. Untuk tahun 2024 pesta durian semakin meriah terutamanya di daerah balik pulau.
Walaupun tak banyak lagi tapi kalau bawa kereta tu dah boleh bau wangi buah ni sepanjang jalan tau. Ramai juga yang mula menyerang negeri kecil ini dan cuba merasai kesedapan buah berduri ini.
Adakah anda sudah bersedia untuk menawan raja buah ini?
Musim Durian Pulau Pinang 2024 Sudah Bermula
Pulau pinang memang tidak asing dengan buah durian. Kualiti yang ada pada buahnya menjadi asbab dia di minati ramai.
Ada yang datang dari jauh semata-mata nak dapatkan durian di sini ketika musim buah durian bermula.
Aku boleh senaraikan beberapa jenis durian yang ada di kawasan balik pulau ini. Antaranya adalah
1. Musang King.
2. Duri Hitam.
3. Durian Kampung.
4. Durian Susu.
5. Durian Holo.
6. Durian Kawin
dan lain-lain.
Tahun 2024 ini aku jumpa beberapa buah durian yang jenis baru. antaranya adalah Kacang Hijau, Kampung kawin dan lain-lain. Musim sebelum ni, buah ni jarang jumpa berbanding tahun ini.
Kesemua jenis yang aku ttulis dekat atas ni adalah jenis yang aku dah beli dan terbukti puas hati. Korang nak tahu rasa dia, kenalah cuba sendiri.
Bagi yang tak tahu, ada info menarik untuk anda. Sebenarnya musim durian pulau pinang selalunya akan berlangsung sekitar 3 ke 4 bulan bermula dari bulan Mei sehingga bulan Ogos.
Ramai yang cakap, kalau nak datang penang makan durian, kena mai masa tengah musim, baru lah banyak durian dan fresh isi dia.
Kalau mai awal sangat, takut tak jadi.
Kalau mai lambat sangat, nanti takut dah busuk walaupun baru jatuh dari pokok.
Jadi, memang banyak petua kalau nak cuba makan durian ni. Akhirs sekali, korang kena datang cuba sendiri durian balik pulau yang baru saja mula musim durian di negeri pulau pinang ni.
Selamat mencuba.
Post a Comment