Cerekarama Pergilah Cinta | Sinopsis dan Review Jujur
Hujung minggu ini, Aku tak sabar nak tonton cerekarama Pergilah Cinta yang meruntun jiwa ini bila cerita ni akan diulang siarkan pada sabtu. Sebenarnya cerita ni pernah ditayangkan dah, tapi boleh ke kita bagi trending minggu ni? Mesti boleh punya lah sebab jalan cerita dia sangat best tau.
Kisah pengorbanan suami yang tidak dihargai isteri menjadi kunci utama cerekarama pergi lah cinta ini dan ia sungguh mengecewakan para suami di luar sana. Sanggup meninggalkan suami yang menjaganya dan berkahwin dengan lelaki lain selepas dirinya sihat. Fuhh meyiraap weh tengok cerita ni.
Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Fahrin Ahmad, Diana Danielle dan juga Raja Afiq yang sangat baik dan mantap lakonan mereka tau. Sampai nangis aku dibuatnya.
Selain itu, ada telefilem menarik yang lain bertajuk Luluh yang trending pada minggu lepas. Harap korang dah tengok lah cerita tu kan. Aku yakin telefilem pergi-lah cinta ni pun bakal trending.
SINOPSIS PERGILAH CINTA
Telefilem ini menceritakan tentang seorang jejaka yang mempunyai isteri yang kemurungan kerana satu insiden yang berlaku pada masa lalu.
Lelaki itu bernama Reza manakala si isteri pula bernama Liyana. Punca utama yana menjadi macam tu dan mengalami kemurungan adalah kerana terlalu sedih selepas kematian ibunya.
Reza pula tidak meninggalkan isterinya sendirian malah dia sentiasa berusaha membahagiakan isterinya itu. Namun satu hari reza dikejutkan dengan permintaan cerai oleh yana kepada dirinya.
Kecewa dan sedih, reza mula mengesyaki Fazley sebagai punca utama liyana bertindak sedemikian. Rupanya betul sangkaan reza, yana berkahwin dengan Fazley.
Namun selepas itu, mereka bercerai.
INFO TELEFILEM DAN PELAKON
Senarai Pelakon Drama Pergilah Cinta ini adalah Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Raja Afiq, Sasqia Dahuri, Munaabella, Marissa Yasmin.
Tayangan pertama pada : 27 jun 2017
Tarikh Tayangan Kedua : 1 July 2018 ,
Masa tayangan : Ahad, 9 malam
Tayangan 2024 ; 9 Malam 18 Mei 2024 di Slot cerekarama.
Kemaskini untuk tahun 2024, Pihak TV3 mengulangsiarkan lagi cerekarama pegilah cinta ini pada 23 oktober 2024 pada hari sabtu di slot yang sama.
Jadi kalau korang terlepas tu, boleh tonton semula ya.
Review Jujur
Cerita ni memang meruntun jiwa seorang lelaki apabila isteri yang dicintainya meminta cerai kerana mahu berkahwin dengan lelaki lain.
Sedarlah yang lelaki juga mempunyai perasaan dan pasti kecewa bila berlaku kes seperti ini. Ditambah lakonan Fahrin Ahmad yang menjiwai watak lelaki yang kecewa sungguh membuatkan aku nangis.
Hargailah insan bernama lelaki di luar sana ya semua. Semoga telefilem pergilah cinta ini memberi pengajaran buat kita semua ya.
Korang yang belum tengok cerita ni, jangan lupa untuk saksikan semula di saluran TV3 hujung minggu ini.
Selamat menonton!
Post a Comment