Telefilem Tiga Lima | Review Jujur Menyentuh Perasaan
Telefilem Tiga Lima merupakan kisah seorang isteri dan anak cuba melangsaikan hutang arwah suaminya yang ditulis rapi dalam buku 555 ketika hayatnya.
Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Jay Nazif, Arash Mohamad dan Zila Bakarin. Kali pertama telefilem ini ditayangkan adalah pada 26 Mei 2019 dan akan diulang siarkan di saluran tv3 pada 2 Jun 2024 ini.
Ia merupakan karya arahan Feroz kader yang telah menyentuh hati ramai penonton yang menonton di tayangan pertama dahulu.
Oh Ya, ada cerekarama langitcerekarama langit juga tidak kurang hebatnya sebab jalan cerita dia menarik dan juga mempunyai barisan pelakon yang mantap.
Sinopsis Telefilem Tiga Lima.
Buku 555 menjadi sinonim dengan menulis hutang sejak zaman berzama, Telefilem Tiga Lima ini mengisahkan tentang Halim yang baru sahaja kematian ayahnya bernama Daud. Sejak itu, kehidupan mereka disara oleh ibunya bernama Hasnah.
Satu hari Hasnah terjumpa dengan buku 555 milik suaminya yang tertera senarai hutang yang dilakukan suaminya ketika hayatnya. Jadi dia nekad untuk selesaikan hutang tersebut.
Suatu hari, Halim terdengar ceramah di masjid yang mengatakan orang berhutang tidak masuk syurga. Jadi Halim pun nekad mahu menolong ibunya melangsaikan hutang arwah ayah yang disayanginya itu.
Dapatkah halim melangsaikan hutang-hutang tersebut? adakah akan ada halangannya?
Info dan Pelakon
Waktu tayangan pertama cerita tiga lima adalah pada hari Ahad, 26 Mei 2019, 10:00 malam dan waktu siaran tayangan kedua juga sama pada hari ahad juga.
Antara barisan pelakon yang terlibat adalah Jay Nazif, Arash Mohamad, Zila Bakarin, Riz Amin, Indah Emeerlda, Airil Azimi
Saluran Tayangan : Cereka Ahad (TV3)
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : FJ Pictures Sdn Bhd
Review Jujur TIGA LIMA
Secara keseluruhannya telefilem ini sangat menarik dan mengetengahkan kasih seorang anak lelaki yang rapat dengan ayahnya. Dia sanggup berkorban dan berusaha mencari wang untuk membayarkan hutang ayahnya itu.
Pelakon-pelakon yang mempunyai aura tersendiri berjaya membuatkan aku menangis melihatkan lakonan mereka berjaya mengenai hati aku.
Bagi korang yang belum tengok lagi tu, jom tonton di tv3 malam ini. Selamat menonton.
Post a Comment