Tok Ram Dedah Punca Ning Baizura Terselamat Minggu 4
Tok Ram Dedah Punca Ning Baizura Terselamat Minggu 4. Minggu empat menyaksikan Inka Christie tersingkir selepas mendapat markah terendah berbanding peserta lain. Namun ramai juga netizen mengkritik keputusan minggu ini dengan mendakwa Ning Baizura patut tersingkir selepas membuat persembahan yang kurang baik.
Namun perkara itu di sangkal oleh Ketua Juri, Datuk Ramli M.S. Tok Ram juga berkata sepatutnya Ning Baizura yang tersingkir tetapi persembahan Inka Christie lebih teruk berbanding Ning Baizura.
Jika Inka tidak lakukan kesilapan, maka Ning Baizura yang tersingkir. Tok Ram jelaskan kepada media mengenai perkara itu dengan berkata :
“Saya rasa GV ini tak perlu bagi tahu sebab netizen juga boleh tahu.
“Semasa Ning menyanyi markah dia paling rendah jadi saya ingat dia akan terkeluar tapi selepas giliran Inka, markah dia pula yang rendah.
“Sebenarnya lagu itu tak fit dia, Inka tak boleh bawa lagu itu. Kalau ikut atas kertas rule music technical, bila dia nyanyi lagu pop pun dia tak stabil, apa lagi dia nak nyanyi lagu jazz.
“Dia nyanyi lagu jazz keluar rumah tak balik-balik, kalau dia balik pun dia kena ikut jalan yang jauh atau mungkin dia sesat,” kata Tok Ram kepada Gempak.
Tok Ram juga mendedahkan kepada media mengenai value lagu Shiela Majid yang sukar di nyanyikan oleh orang lain.
“Musik itu hierarki tinggi, hanya untuk pendengar eksklusif. Lagu Sheila Majid itu sukar untuk dinyanyikan,” tambahnya.
Semoga dengan pendedahan ini, Ramai yang terbuka menerima keputusan juri minggu ini dan terus menyokong semua peserta yang beraksi di pentas Gegar Vaganza 11 ini.
Post a Comment